Harian Metro

BUKAN FAKTOR ORANG TENGAH

Pemantauan KPDNHEP mendapati kenaikan harga dedak jadi antara punca utama kenaikan harga ayam di pasaran

- Oleh Suliati Asri, Suraya Roslan dan Marry Victoria Dass am@hmetro.com.my

Kenaikan harga ayam dan telur ayam nyata memberi impak kepada pengguna terutama dalam keadaan ramai rakyat bergelut dengan masalah kewangan ekoran pandemik Covid-19.

Justeru, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa memantau harga barangan keperluan termasuk ayam dan telur ayam bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi dengan harga yang berpatutan.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam berkata, kenaikan harga ayam adalah disebabkan pelbagai punca dan antara faktor utama adalah disebabkan berlakunya kenaikan harga makanan ayam (dedak) yang bahan utamanya diimport dari luar negara.

Menurutnya, peningkata­n harga yang ketara untuk penghasila­n makanan ayam membabitka­n dua bahan utama iaitu jagung dan soya antara punca yang menyebabka­n peningkata­n kos pengeluara­n makanan ayam yang turut menyumbang kepada peningkata­n harga ayam di pasaran.

“Langkah kerajaan membuka lebih banyak sektor ekonomi di mana kebanyakan negeri sudah beralih ke Fasa 2, 3 dan 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) meningkatk­an lagi permintaan ayam sedangkan pengeluara­n ayam mengambil masa sekitar 32 hari sebelum ia boleh dipasarkan,” katanya.

Mengulas mengenai kenaikan harga ayam dan telur ayam juga dikatakan dikawal oleh pemborong sebagai orang tengah, Azman berkata, perkara itu tidak benar.

Menurutnya, KPDNHEP sudah menjalanka­n pemantauan dan sesi libat urus ke atas setiap rantaian pengeluara­n ayam dan telur ayam bermula peringkat pengeluar/peladang sehinggala­h ke peringkat peruncit.

“Pemantauan ke atas semua rantaian pengeluara­n ini amat penting supaya pihak kementeria­n dapat mengenal pasti punca dan situasi sebenar yang berlaku pada setiap rantaian pengeluara­n ini dan akhirnya mencari pendekatan terbaik untuk pihak kementeria­n menangani isu kenaikan harga ayam dan telur ayam ini.

“Hasil daripada pemantauan yang dilakukan, pihak kementeria­n mengenal pasti bahawa harga ayam dan telur ayam ini bukanlah dikawal oleh rantaian tertentu,” katanya.

Azman berkata, KPDNHEP akan terus komited di dalam usaha menangani isu kenaikan harga ayam dan telur ayam ini supaya pengguna tidak terbebankh­ususnya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan semasa program PPN.

“Dalam tempoh beberapa minggu kebelakang­an ini, kita dapat lihat harga ayam dan telur ayam semakin menurun dan trend penurunan harga bagi barangan ini dijangka akan terus menunjukka­n penurunan hasil usaha yang diambil pihak kementeria­n.

“Justeru, pengguna disarankan supaya bijak di dalam menguruska­n perbelanja­an lebih-lebih lagi ketika tempoh yang sukar ini.

“Gunakan kuasa sebagai pengguna dan pilihlah peniaga yang beretika serta jujur di dalam menjalanka­n perniagaan. Dapatkan maklumat yang sesuai dan berbelanja­lah di tempat yang menawarkan harga lebih berpatutan,” katanya.

Pengguna yang mempunyai maklumat berkaitan salah laku oleh peniaga, aduan boleh di salurkan kepada KPDNHEP melalui beberapa cara iaitu portal e-aduan.kpdnhep, pusat panggilan 1-800-886-800, e-mel e-aduan@kpdnhep .gov.my, Ez ADU KPDNHEP dan pusat Pusat Arahan Penguatkua­saan (ECC) ditalian 03-8882 6088/6245 serta WhatsApp 019-279 4317.

Hasil daripada pemantauan yang dilakukan, pihak kementeria­n mengenal pasti bahawa harga ayam dan telur ayam ini bukanlah dikawal oleh rantaian tertentu”

Azman Adam

 ?? ?? PENINGKATA­N kos pengeluara­n makanan ayam menjadi penyumbang kepada peningkata­n harga ayam di pasaran.
PENINGKATA­N kos pengeluara­n makanan ayam menjadi penyumbang kepada peningkata­n harga ayam di pasaran.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia