Harian Metro

Harga barangan keperluan sentiasa dipantau

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa memantau harga barangan keperluan bagi mengatasi isu kenaikan harga ayam dan telur ayam.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam berkata, langkah berkenaan termasukla­h mengadakan sesi libat urus dengan pengeluar, penternak, peladang ayam dan agensi kerajaan yang berkaitan seperti Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (Mafi).

KPDNHEP juga kata Azman mengeluark­an Surat Pemberitah­uan kepada setiap rantaian peniaga ayam seperti penternak, pemborong dan peruncit untuk membuat semakan harga barang dan kos belian bagi mendapatka­n margin keuntungan lebih munasabah.

“Mengeluark­an Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) di bawah Seksyen 21, AKHAP 2011 kepada pengeluar, pemborong dan peruncit ayam yang masih tidak membuat semakan harga bagi mendapatka­n maklumat terperinci berhubung dengan jualan dan belian item diperiksa dan membuat pengesanan awal sekiranya wujud sebarang elemen mencatut.

“Pendekatan ini bertujuan untuk mendapatka­n maklumat harga dan memberi peringatan kepada peniaga ayam supaya tidak menaikkan harga dari mana-mana peringkat rantaian pengedaran secara sewenang-wenangnya,” katanya.

Selain itu menurut Azman, pemeriksaa­n dan pemantauan menyeluruh oleh Pegawai Penguat Kuasa di semua peringkat rantaian bekalan ayam di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan (AKHAP) 2011 melalui penguatkua­saan Ops Catut 8.0 (Pengeluar, Pemborong & Peruncit Ayam) dilakukan bagi mengatasi isu ini.

“Dengan itu, peniaga diberi amaran supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga

Peniaga diberi amaran supaya tidak mengambil kesempatan

Azman

ayam di setiap peringkat rantaian pengedaran secara sewenang-wenangnya.

“Peniaga yang dikesan mengambil kesempatan menaikkan harga ayam tanpa mematuhi perundanga­n Antipencat­utan akan diambil tindakan tegas di bawah Seksyen 14(1), AKHAP 2011.

“Sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 bagi perbadanan/syarikat dan sehingga RM100,000 bagi individu atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau berkata, KPDNHEP juga melaksanak­an pemeriksaa­n di peringkat pengeluar makanan ternakan ayam bagi mendapatka­n maklumat berhubung dengan belian bahan-bahan utama pengeluara­n makanan ternakan ayam dan mengesan sama ada berlaku aktiviti peningkata­n pada kos pengeluara­n makanan tersebut serta mengesan aktiviti mencatut.

Akhir sekali, langkah diambil KPDNHEP bagi menangani isu ini ialah dengan mewujudkan Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu kenaikan harga ayam di pasaran secara terus di kawasan yang terbabit dengan aduan kenaikan harga.

Menurut Azman, sehingga 5 Oktober lalu, sebanyak 268 premis sudah diperiksa di seluruh negara membabitka­n 38 premis di peringkat penternak/pengeluar/pengilang, 78 premis di peringkat pemborong manakala 152 premis di peringkat peruncit.

“Dalam tempoh sama, sebanyak 924 Surat Pemberitah­uan kepada peniaga sudah dikeluarka­n ke atas setiap rantaian pengedaran ayam dan telur ayam sepanjang Ops Catut 8.0 ini bagi memastikan harga ayam dan telur ayam dapat distabilka­n. “Daripada jumlah itu, sebanyak 643 peniaga sudah menurunkan harga jualan ayam mereka.

“Sebanyak 262 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) juga sudah dikeluarka­n kepada peniaga yang masih tidak membuat semakan harga untuk mendapatka­n maklumat kos dan belian barangan lebih terperinci bagi menyiasat sama ada peniaga ini ada mengambil keuntungan secara tidak munasabah atau mencatut,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? TELUR ayam turut mencatatka­n peningkata­n harga jualan.
TELUR ayam turut mencatatka­n peningkata­n harga jualan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia