Harian Metro

Peniaga dapat harga tinggi daripada pembekal

-

Shah Alam: Harga dedak yang meningkat secara mendadak dipercayai antara punca kenaikan harga ayam dalam pasaran.

Tinjauan Harian Metro di Pasar Moden Seksyen 16 di sini mendapati ayam dijual pada harga RM9.50 sekilogram berbanding RM10 sekilogram tiga minggu lalu.

Peniaga ayam dikenali sebagai Mat, 30-an berkata, pihaknya dimaklumka­n pembekal harga ayam naik disebabkan harga dedak meningkat.

“Kami terpaksa menaikkan harga ayam kerana memperoleh harga mahal daripada pembekal,” katanya.

Selain itu, tinjauan di Pasar Chow Kit mendapati ayam mentah dijual sekitar RM9.50 sehingga RM10 sekilogram.

Seorang peniaga ayam enggan dikenali berkata, kebanyakan peniaga menjual dengan harga RM9.50 dan RM10 sekilogram.

“Bukan sahaja pengguna, kami juga tertekan dan terhimpit apabila harga ayam semakin meningkat seperti sekarang.

“Jika pengguna faham dan memahami situasi peniaga tiada masalah dan terpulang kepada mereka sama ada ingin membeli atau sebaliknya,” katanya.

Menurutnya, dia berniaga ayam segar sejak 10 tahun lalu dan memang terbiasa dengan fenomena turun naik harga ayam.

Selain itu, tinjauan Harian Metro di beberapa pasaraya sekitar Bangsar dan Kuchai Lama mendapati ayam dijual dengan harga RM8.65 dan RM8.79 sekilogram.

Seorang pengguna, Amin Ishak, 65, berkata, dia biasanya membeli ayam di pasar raya kerana harga lebih murah berbanding di pasar basah.

“Sebagai pengguna, saya sudah membanding­kan beberapa harga antara pasar raya dan pasar basah.

“Ternyata, harga ayam di pasar raya lebih murah dan menjadi pilihan pengguna,” katanya.

Peniaga tertekan dan terhimpit apabila harga ayam naik

 ?? ?? KEBANYAKAN peniaga menjual ayam dengan harga RM9.50 dan RM10 sekilogram.
KEBANYAKAN peniaga menjual ayam dengan harga RM9.50 dan RM10 sekilogram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia