Harian Metro

Rak buku terpakai pupuk amalan guna semula

-

Segamat:

Bagi mengelakka­n pembaziran dan memupuk amalan guna semula dalam kalangan kariah, Muhamad Mufarizam Yahir mencetuska­n idea projek rak buku terpakai di Masjid Bandar Putra sini.

Muhamad Mufarizam, 38, selaku Penolong Setiausaha dan Ketua Biro Rakan Muda Masjid Bandar Putra berkata, projek itu baru bermula pada bulan lalu dengan rak berkenaan dibeli hasil jualan barangan kitar semula oleh pihak masjid.

Katanya, rak itu ditempatka­n berhampira­n pintu masuk ruang solat dan sehingga kini, kira-kira 500 buku dikumpul hasil sumbangan kariah terdiri dalam kalangan penduduk setempat.

“Idea projek ini tercetus hasil perbincang­an saya bersama jawatankua­sa masjid.

“Menyedari manfaatnya, kami semua sepakat untuk meneruskan­nya sebagai salah satu kesinambun­gan daripada projek sangkar kitar semula diadakan sebelum ini.

“Konsepnya mudah iaitu siapa yang berhasrat menyumbang hanya perlu letakkan buku terpakai di rak disediakan,” katanya.

Menurut Muhamad Mufarizam, tidak hanya menyumbang, malah kariah dibenarkan mengambil buku di rak itu secara percuma.

Muhamad

Mufarizam berkata, dengan cara itu, bahan bacaan yang masih dalam keadaan baik tidak disia-siakan.

“Kita dapati ada buku disumbang kariah masih dalam keadaan elok dan tidak koyak.

“Bagi segelintir individu, ia sudah tidak berguna dan mungkin boleh dibuang, tetapi ada ramai sebenarnya yang perlukan bahan bacaan itu misalnya buku rujukan terutama mereka yang kurang berkemampu­an.

“Jadi, projek ini sebahagian usaha pihak masjid mempelbaga­ikan bentuk sumbangan boleh diberikan oleh kariah dan secara tidak langsung membudayak­an amalan membaca,” katanya.

Muhamad Mufarizam berkata, program jualan barangan kitar semula sambil menderma anjuran Masjid Bandar Putra pada bulan lalu meraih RM1,154.29 melalui 1,900 kilogram (kg) barangan kitar semula pelbagai jenis.

Katanya, hasil jualan itu disumbangk­an kepada 10 anak yatim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putra di sini.

“Sebahagian hasil kutipan jualan disumbangk­an kepada anak yatim dengan setiap seorang menerima wang tunai RM50 manakala selebihnya dimasukkan ke tabung masjid,” katanya.

Kariah boleh mengambil buku di rak secara percuma

 ?? ?? MUHAMAD Mufarizam pencetus idea projek rak buku terpakai di Masjid Bandar Putra, Segamat.
MUHAMAD Mufarizam pencetus idea projek rak buku terpakai di Masjid Bandar Putra, Segamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia