Harian Metro

Tahun 2014 ubah hidup aku!

Pemuda kudung akibat nahas bangkit aktif dalam sukan untuk bina semula kehidupan

- Oleh Redzuan Muharam am@hmetro.com.my

Alhamdulil­lah, kekurangan yang ada tidak menghalang saya untuk terus bekerja”

Mohammad Nur Alif

Zahirnya, Mohammad Nur Alif Mohamad Tarmezam ada kekurangan kerana kudung kaki kiri akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 2014.

Bagaimanap­un, pemuda berusia 24 tahun ini bukan sembaranga­n insan istimewa kerana pernah mewakili Perak dalam acara renang di Kejohanan Para Sukma 2018 dan lincah di padang bola sepak hingga pasukannya mendapat tempat kedua dalam Kejohanan Bola Sepak Amputee Asia di Indonesia pada 2019.

Pengalaman pahit dilalui tidak membuatkan Mohammad Nur Alif yang menetap di Pulau Pangkor di sini terus bersedih sebaliknya dia berusaha bangkit untuk hidup seperti insan normal.

Baginya, tiada apa yang hendak dimalukan kerana menganggap kekurangan atau kelebihan dalam diri sebagai anugerah dari Allah buat hamba-Nya.

“Tipu kalau saya katakan tidak sedih apabila hilang sebelah kaki selepas terbabit dalam kemalangan itu.

“Perasaan itu normal cuma memikirkan sokongan keluarga, rakan dan ramai lagi insan kurang bernasib baik di luar sana membuatkan saya bersyukur kerana masih diberi peluang kedua untuk hidup.

“Alhamdulil­lah, kekurangan yang ada tidak menghalang saya untuk terus bekerja, malah bukan hanya majikan, tetapi rakan sekerja dan individu sekeliling menerima diri dengan seadanya serta beri layanan sama rata saja,” katanya.

Bercerita lanjut, anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, keadaan pandemik yang belum reda menyebabka­nnya tidak dapat menyertai mana-mana kejohanan sejak tahun lalu dan dalam masa terdekat.

Justeru, Mohammad Nur Alif manfaatkan masa terluang dengan berbasikal di sekitar kawasan perumahan bagi mengekalka­n kesihatan dan menguatkan stamina.

“Di samping itu, saya turut serta juga sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Sahabat Orang Kurang Upaya Perak (SOKUP) dalam aktiviti pengagihan bantuan makanan dan barangan keperluan asas kepada OKU terkesan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

“Pembabitan dalam aktiviti itu memberi peluang untuk mendekati dan membantu komuniti OKU kerana hakikatnya, saya juga sebahagian daripada mereka.

“Seronok rasanya apabila dapat beri kegembiraa­n kepada mereka dan tahun depan saya sasarkan untuk turut serta dalam Sukan Malaysia (Sukma) Johor dengan menyertai aktiviti kayak dari Lumut ke Pulau Pangkor dan manfaatkan kebolehan berenang serta berbasikal dengan menceburi sukan triathlon,” katanya yang bergerak dengan bantuan tongkat.

Mengulas mengenai perkongsia­n videonya yang tular selepas dimuat naik di TikTok baru-baru ini, Mohammad Nur Alif berterima kasih kepada semua yang memberi kata semangat kepadanya.

“Saya bersyukur dan terharu kerana ramai yang prihatin, malah tidak sangka video berbasikal itu dapat perhatian lagipun baru beberapa minggu membuka akaun TikTok.

“Secara tidak langsung, saya dapat buka mata pengikut di TikTok kerana ada segelintir­nya yang masih tidak tahu wujudnya komuniti OKU dalam masyarakat dan kelebihan insan istimewa,” katanya.

 ?? ?? MOHAMMAD Nur Alif pernah mewakili negeri Perak dalam acara renang Kejohanan Para Sukma 2018.
MOHAMMAD Nur Alif pernah mewakili negeri Perak dalam acara renang Kejohanan Para Sukma 2018.
 ?? ?? MOHAMMAD Nur Alif Mohamad aktif berbasikal pada masa terluang.
MOHAMMAD Nur Alif Mohamad aktif berbasikal pada masa terluang.
 ?? ?? PANDEMIK menghalang Mohammad Nur Alif menyertai kejohanan bola sepak.
PANDEMIK menghalang Mohammad Nur Alif menyertai kejohanan bola sepak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia