Harian Metro

Tak terlintas tarik sokongan

PN komited terus kerjasama dengan Umno supaya pengundi Melayu tak berpecah belah

- Oleh Balqis Jazimah Zahari am@hmetro.com.my

Perikatan Nasional (PN) tidak menarik sokongan terhadap kerajaan Persekutua­n meskipun berkemungk­inan berlaku pertembung­an dengan Umno pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November depan.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sebaliknya PN komited terus bekerjasam­a bagi memastikan pengundi Melayu tidak berpecah dalam PRN berkenaan.

“Kami akan memastikan penubuhan kerajaan negeri Melaka baharu ditadbirka­n orang yang benar-benar mahu berkhidmat kepada rakyat dan bukan dalam kalangan mereka yang mementingk­an kumpulan atau diri sendiri.

“Kami yakin dengan kebolehan dan dapat membariska­n calon berpontens­i dan yakin jika kita benar-benar bekerja dengan penuh ikhlas dan niat kerana Allah. Saya yakin Allah bukakan hati pengundi di Melaka untuk memilih PN,” katanya.

Katanya, seperti apa dinyatakan Presiden Bersatu dan juga Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pihaknya memang mahu bekerjasam­a dengan semua parti yang hendak membangunk­an negara dan melakukan perkhidmat­an yang terbaik untuk rakyat.

“Tidak terlintas pun pada pemikiran (menarik sokongan) kita kerana kerajaan berjalan dengan baik dan gagasan keluarga Malaysia diusahakan dengan meriah,” katanya.

Beliau turut mengulas apabila ditanya pemberita mengesama nai ada pertembung­an itu dalam PRN itu yang mungmenjej­ashubungan kin kan pemimpin Umno di peringkat pusat.

“Di semua peringkat saya melihat hubungan saya dengan beberapa pemimpin daripada Umno di dalam Kabinet sangat baik dan yakin hubungan ini dapat diteruskan.

“Mungkin ada yang tidak berapa gemar bekerjasam­a dengan Umno, tetapi lihatlah rakyat dan juga pemimpin boleh bekerjasam­a dengan baik, mungkin satu atau dua orang keliru apakah agenda sepatutnya dibawa,” kata

nya.

 ?? ?? AHMAD Faizal
AHMAD Faizal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia