Harian Metro

Sarawak terus perjuang hak

-

Kita mencapai banyak yang kita tuntut, mana-mana yang belum dicapai, komitmen meneruskan perbincang­an bagi menyelesai­kan masalah ini diteruskan”

Kuching:

Tuntutan Sarawak ke atas haknya di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan untuk kepentinga­n negeri itu semata-mata, tetapi turut mengambil kira kepenti- ngan Malaysia, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata, rundingan mendapatka­n kembali hak yang terhakis sama ada secara sengaja atau tidak sengaja ini antara agenda yang terus diperjuang­kan kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam hal berkaitan MA63.

“Kami terus memperjuan­gkannya, kerana ini hak kita yang seharusnya dikembalik­an dan bersyukur sudah ada venue untuk bincang isu ini. Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) meneruskan Mesyuarat

Majlis Khas MA63.

“Kita mencapai banyak yang kita tuntut, mana-mana yang belum dicapai, komitmen meneruskan perbincang­an bagi menyelesai­kan masalah ini diteruskan,” katanya dalam wawancara khas bersama Bernama di pejabatnya.

Menurutnya perkara itu diperjuang­kan bukan sahaja untuk Sarawak juga mengambil kira kepentinga­n negara, supaya Malaysia sentiasa terus maju ke depan dan memiliki semangat perpaduan serta kesepakata­n yang tinggi.

Katanya, kerajaan Sarawak mengambil dasar menumpukan kepada usaha pembanguna­n untuk meningkatk­an kesejahter­aan rakyatnya sejak dari era pentadbira­n Ketua Menteri keempatnya Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang kini Yang Dipertua Negeri Sarawak.

“Sehingga kepada Allahyarha­m Tok Nan (Tan Sri Adenan Satem), sekarang Abang Jo (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) sebagai ketua menteri, Sarawak dapat mengekalka­n kestabilan politik dan juga kerajaan stabil (dan) dasar yang tidak mahu meminggirk­an mana-mana pihak,” katanya.

Awang Tengah Ali Hasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia