Harian Metro

Azmin dakwa ramai akar umbi Umno mahu kerjasama

-

Masjid Tanah:

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamad Azmin Ali mendakwa ramai pemimpin dan akar umbi Umno mahu parti itu bekerjasam­a dengan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Beliau mendakwa mereka ingin melihat masyarakat Melayu bersatu bagi memastikan kuasa politik orang Melayu kekal dalam

PRN, sekali gus gambaran harapan mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagaimanap­un, beliau menegaskan PN dan Bersatu tidak mahu mencampuri hal ehwal dalaman Umno, tetapi menghormat­i pandangan pemimpin dan akar umbi terbabit.

“Pandangan Presiden Umno (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) tidak mahu bekerjasam­a dengan Bersatu adalah pandangan beliau.

“Bagaimanap­un, saya dapat banyak maklumat pemimpin dan akar umbi Umno, mereka mahu diwujudkan kerjasama dengan Bersatu, tetapi itu adalah masalah dalaman

Umno dan kami tidak mahu campur,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program perjumpaan dengan jentera pilihan raya PN Bahagian Masjid Tanah di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Pesuruhjay­a Pas Kawasan Masjid Tanah, Imran Abdul Rahman dan Ketua Gerakan Bahagian Masjid Tanah, Lee Kong.

Katanya, Umno perlu membuat keputusan muktamad sama ada mahu bekerjasam­a atau sebaliknya dan biar rakyat membuat pilihan.

Sebelum ini, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, Umno sudah muktamad tidak akan bekerjasam­a dengan Bersatu dalam PRN Melaka dan ia disambut dengan kenyataan Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, PN akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka.

Tetapi itu adalah masalah dalaman Umno dan kami tidak mahu campur Mohamad Azmin

 ?? ?? NAJIB (kiri) melawat Bahari di Taman Beringin, Masjid Tanah, semalam. - Gambar NSTP/NAZRI ABU BAKAR
NAJIB (kiri) melawat Bahari di Taman Beringin, Masjid Tanah, semalam. - Gambar NSTP/NAZRI ABU BAKAR
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia