Harian Metro

Mangsa banjir, PPS makin kurang

-

Kuala Lumpur:

Keadaan banjir di Selangor, Melaka dan Perak semakin pulih apabila jumlah mangsa serta pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkuranga­n.

Di Selangor, portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara memaklumka­n sehingga jam 8.28 pagi semalam, jumlah PPS beroperasi di Sepang semakin berkurang daripada enam PPS yang dibuka semalam kepada tiga dan kini hanya menempatka­n 55 mangsa daripada 15 keluarga.

Tiga PPS yang masih dibuka adalah di Sekolah Rendah Agama Kampung Giching (34), Sekolah Rendah Agama Kampung Labu Lanjut (20) dan Balai MPKK Kampung Giching yang kekal menempatka­n seorang mangsa banjir.

Jumlah mangsa banjir di Melaka pula terus menurun jam 8 pagi semalam membabitka­n 99 mangsa daripada 29 keluarga berbanding 305 mangsa daripada 83 keluarga pada jam 4 petang, semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kolonel

Cuthbert John Martin Quadra berkata, 38 mangsa daripada 10 keluarga ditempatka­n di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel di Jasin.

“Di Alor Gajah, 34 mangsa daripada 12 keluarga ditempatka­n di PPS SK Durian Tunggal, 19 mangsa daripada empat keluarga di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Wah dan lapan mangsa daripada tiga keluarga di PPS SK Telok Berembang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, di Perak, jumlah mangsa banjir pagi ini kekal 19 membabitka­n enam keluarga dari dua kampung ditempatka­n di dua PPS sejak kediaman dan tempat tinggal mereka dinaiki air pada Rabu lalu.

Menurut Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana negeri, jumlah membabitka­n sembilan lelaki dan 10 perempuan dari Kampung Sungai Temelok, Trong, Taiping serta Kampung Sungai Rentaka, Matang, masing-masing ditempatka­n di PPS Sekolah Kebangsaan Temelok dan PPS Sekolah Kebangsaan Matang.

 ?? ?? awam menggunaka­n payung meredah hujan ketika tinjauan di sekitar ibu kota, kelmarin. Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MET Malaysia) pada siaran akhbar di laman sesawang mereka kelmarin menyatakan Amaran Cuaca Waspada (Kuning) berkuat kuasa pada Sabtu, 23 Oktober 2021 membabitka­n bahagian di Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan seperti pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatang­an, Beluran dan Sandakan). Angin bertiup dari arah barat daya dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabka­n banjir di kawasan berkeduduk­an rendah di kawasan terbabit.
awam menggunaka­n payung meredah hujan ketika tinjauan di sekitar ibu kota, kelmarin. Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MET Malaysia) pada siaran akhbar di laman sesawang mereka kelmarin menyatakan Amaran Cuaca Waspada (Kuning) berkuat kuasa pada Sabtu, 23 Oktober 2021 membabitka­n bahagian di Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan seperti pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatang­an, Beluran dan Sandakan). Angin bertiup dari arah barat daya dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabka­n banjir di kawasan berkeduduk­an rendah di kawasan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia