Harian Metro

Sungai cetek sebabkan banjir di Linggi

-

Port Dickson:

Masalah dasar Sungai Linggi terlalu cetek dipercayai menjadi penyumbang kejadian banjir kilat yang kerap melanda beberapa kawasan di Mukim Linggi di sini.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Linggi, Rusli Abdullah berkata, faktor itu diperoleh hasil kajian pihaknya bersama agensi berkaitan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS daerah.

Katanya, ia membabitka­n kawasan berjarak lima kilometer (km) terutama berhampira­n pekan Linggi dan tiga kawasan perkampung­an tradisiona­l.

“Perkampung­an itu ialah Kampung Permatang Pasir, Kampung Tampin Linggi dan Kampung Pengkalan Durian dengan jumlah penduduk seramai 3,000 orang.

“Dasar sungai yang cetek tidak dapat menampung jumlah air yang banyak ketika hujan dan keadaan bertambah buruk ketika air laut pasang,” katanya di sini, semalam.

Rusli berkata, dalam kejadian banjir kilat yang berlaku Rabu lalu, lebih 100 rumah terjejas apabila kediaman penduduk dinaiki air sekitar setengah meter. Katanya, seramai 30 penduduk terpaksa dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Permatang Pasir.

Beliau berkata, situasi itu membuatkan penduduk di kawasan rendah bimbang setiap kali musim hujan kerana mereka mudah terdedah kepada banjir kilat.

“Situasi bukan sahaja menyusahka­n mereka kerana perlu kerap membersihk­an rumah sehingga mengganggu

urusan harian, malah ia juga mengganggu emosi,” katanya.

Katanya, masalah itu sudah disuarakan kepada pihak berwajib dan kerajaan negeri, selain mencadangk­an supaya dasar Sungai Linggi didalamkan secepat mungkin.

Rusli berharap kerajaan dapat merangka perancanga­n jangka panjang bagi memastikan isu banjir kilat ditangani sepenuhnya.

Babit kawasan berjarak 5km berhampira­n pekan Linggi dan 3 kawasan kampung tradisiona­l

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia