Harian Metro

‘Rumah hantu’ kini pusat perdaganga­n

-

Gimik ini dilakukan bagi menunjukka­n kami berada di pusat perdaganga­n ini untuk memasarkan produk warisan Melayu seperti keris, panah dan tanjak”

Zainal Abidin Mat Kasi

Seremban:

Bangunan Stadium Boling Negeri di Paroi di sini yang terbiar sekian lama hingga digelar sebagai ‘rumah hantu’ kini dibaik pulih dan dinamakan Pusat Perdaganga­n Paroi.

Lebih 100 lot niaga disewakan kepada usahawan kecil dan sederhana Bumiputera yang menjalanka­n pelbagai perniagaan termasuk makanan dan minuman, barangan basah, pakaian, cenderahat­i dan barangan lain.

Bagi menarik perhatian pelanggan mengunjung­i pusat itu, ahli Pertubuhan Adat dan Kesenian Melayu Negeri Sembilan (PAKMNS) mengambil inisiatif memperagak­an pakaian busana warisan Melayu lengkap.

Timbalan Yang Dipertua PAKMNS, Zainal Abidin Mat Kasi, 60, berkata, seramai 20 ahli pertubuhan itu mengenakan pakaian tradisiona­l dan bertanjak sebagai usaha menarik pengunjung membeli-belah di situ.

“Gimik ini dilakukan bagi menunjukka­n kami berada di pusat perdaganga­n ini untuk memasarkan produk warisan Melayu seperti keris, panah dan tanjak.

“Kami berharap usaha ini dapat mempopular­kan pusat ini dan menarik pengunjung, sekali gus membantu peniaga lain,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, produk warisan Melayu mempunyai peminat tersendiri dan sejak membuka kedai menjual produk berkenaan bermula awal tahun ini, sambutan diterima amat baik.

Beliau berkata, mereka yang datang membeli tanjak dan keris serta pakaian bukan sahaja dari negeri ini, malah dari luar termasuk ibu negara, Shah Alam dan Melaka, sebaik rentas negeri dibenarkan, baru-baru ini.

“Kami berharap kawasan ini dapat menarik perhatian ramai pengunjung, sekali gus dapat membantu ramai peniaga Melayu menambah pendapatan selepas ramai terjejas susulan wabak Covid-19,” katanya.

 ?? ?? AHLI PAKMNS menggayaka­n pakaian warisan Melayu bagi menarik perhatian pengunjung membeli-belah di Pusat Perdaganga­n Paroi. - Gambar NSTP/MOHD AMIN JALIL.
AHLI PAKMNS menggayaka­n pakaian warisan Melayu bagi menarik perhatian pengunjung membeli-belah di Pusat Perdaganga­n Paroi. - Gambar NSTP/MOHD AMIN JALIL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia