Harian Metro

Buat amal tapi seleweng!

Suspek pernah dicekup seleweng minyak masak bersubsidi ditahan sekali lagi

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

Terbabit dengan kerja amal kebajikan namun pada masa sama turut dikesan melakukan aktiviti penyelewen­gan minyak masak bersubsidi peket satu kilogram (kg).

Suspek lelaki berusia 50-an itu antara individu disiasat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas didapati melakukan jenayah itu di kilang tersembuny­i di Rawang, Gombak.

Sumber berkata, suspek dikesan mengupah lapan lelaki Rohingya dan Thailand menjalanka­n aktiviti memotong peket minyak masak subsidi 1kg sebelum dikumpul dalam tangki khas.

“Suspek sebelum ini pernah diambil tindakan kerana melakukan kesalahan sama di Klang, Selangor tahun lalu. Namun dia tidak serik dan berpindah lokasi ke Rawang.

“Hasil operasi pada jam 11.30 pagi itu, 36 unit tangki fiber berkapasit­i 1,000 liter dan 31 tan minyak masak disita dengan nilai rampasan dianggarka­n RM87,300,” katanya.

Menurutnya, kejayaan membongkar kegiatan itu hasil maklumat anggota Seksyen Perisikan KPDNHEP Putrajaya yang aktif membuat intipan di lapangan.

“Sindiket dikesan menjadikan kawasan kilang usang dan tersorok sebagai markas aktiviti. Malah, lima kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di sekitar premis bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa.

“Pihak KPDNHEP mendapati sindiket beroperasi hampir dua bulan lalu dengan mendapatka­n bekalan minyak masak bersubsidi peket 1kg daripada beberapa pemborong berlesen di sekitar Lembah Klang.

“Minyak masak bersubsidi peket 1 kg ini dilerai dan dikumpulka­n dalam tangki fiber berkapasit­i 1,000 liter untuk dipasarkan dengan harga bukan subsidi.

Sementara itu Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam mengesahka­n rampasan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 21,

Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan minyak masak dalam keadaan menimbulka­n syak munasabah.

Katanya, kesalahan dilakukan melanggar peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu memiliki barang kawalan minyak masak membabitka­n urusan secara borong atau runcit tanpa lesen sah.

Terdahulu, KPDNHEP mengambil tindakan terhadap dua stor iaitu di Taman Equine dan Pulau Indah, Selangor pada bulan Julai dan Ogos 2021 lalu selain menyita 26,104kg minyak masak bernilai RM84,587.

Kedua-dua premis didapati menjalanka­n aktiviti penyelewen­gan minyak masak bersubsidi dengan modus operandi sama.

 ?? ?? NILAI keseluruha­n rampasan di sebuah kilang di Rawang dianggarka­n bernilai RM87,300.
NILAI keseluruha­n rampasan di sebuah kilang di Rawang dianggarka­n bernilai RM87,300.
 ?? ?? SEBANYAK 36 tangki fiber dirampas dalam serbuan di sebuah kilang tersembuny­i di Rawang, Gombak.
SEBANYAK 36 tangki fiber dirampas dalam serbuan di sebuah kilang tersembuny­i di Rawang, Gombak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia