Harian Metro

Susah nak lari

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Polis Johor kini menggunaka­n kamera pintar iCOPS bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai tunggakan kompaun serta waran tangkap di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, empat kamera iCOPS dibekalkan kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) sejak awal tahun ini.

“Polis Johor dibekalkan empat kamera pintar iCOPS yang kini digunakan di tiga daerah iaitu Kota Tinggi, Johor Bahru Selatan (JBS) dan Iskandar Puteri selain unit peronda trafik di lebuh raya negeri ini.

“Penggunaan alat ini dapat mengesan kenderaan yang mempunyai saman tertunggak, waran tangkap, nombor pendaftara­n palsu dan rekod jenayah curi.

“Data kenderaan diperoleh melalui saringan nombor pendaftara­n menerusi iCOPS yang kemudian dihubungka­n dengan pangkalan data iCOPS JSPT,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Operasi Sepadu Kenderaan Perdaganga­n di Plaza Tol Skudai arah selatan di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (Jas) Johor, Dr Mohd Famey Yusoff.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, Operasi Sepadu Kenderaan Perdaganga­n terbabit dilakukan selepas pihaknya menerima aduan orang awam berhubung isu kenderaan perdaganga­n yang masih ingkar dalam pematuhan undang-undang jalan raya.

“Sebanyak 150 operasi ke atas kenderaan perdaganga­n dijalankan secara menyeluruh membabitka­n kontinjen Johor bagi tempoh Januari hingga September.

“Hasil operasi itu, 208 kenderaan perdaganga­n disita dan 341 saman POL 257 dikeluarka­n dengan 208 kes di bawah Akta Pengangkut­an Awam Darat (Apad) 2010.

“Operasi bersepadu kenderaan perdaganga­n diteruskan dengan konsep penguatkua­saan penuh oleh JSPT bagi memastikan semua pemandu mematuhi peraturan,” katanya.

Dalam operasi yang disertai 51 pegawai dan anggota dari Unit Peronda Lebuhraya Bahagian Trafik Bukit Aman, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor, JAS Johor dan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) itu, Ayob Khan berkata, 93 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Hasil operasi, 208 kenderaan perdaganga­n disita

Ayob Khan

 ?? ?? UJIAN perlepasan asap hitam dalam Ops Sepadu Kenderaan Perdaganga­n di Plaza Tol Skudai, Johor.
UJIAN perlepasan asap hitam dalam Ops Sepadu Kenderaan Perdaganga­n di Plaza Tol Skudai, Johor.
 ?? ?? AYOB Khan (tengah) melihat sistem pengoperas­ian iCOPS yang dapat mengesan kenderaan dengan pelbagai kesalahan.
AYOB Khan (tengah) melihat sistem pengoperas­ian iCOPS yang dapat mengesan kenderaan dengan pelbagai kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia