Harian Metro

Tiga ditahan bersama syabu RM200k

-

Kota Kinabalu:

Satu sindiket pengedaran dadah tumpas apabila tiga individu ditahan bersama sejumlah syabu bernilai RM200,000 dalam serbuan di kondominiu­m di Sandakan, kelmarin.

Dalam serbuan jam 9 malam oleh sepasukan anggota Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) diketuai Pegawai Pemerintah­nya Asisten Komisioner Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa turut merampas wang tunai berjumlah RM130,680.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Task Force Risikan Batalion 20 PGA menahan seorang lelaki di kawasan parkir kondominiu­m itu.

Katanya, pemeriksaa­n ke atas suspek menemui wang tunai bernilai RM80,000 disyaki hasil kegiatan jualan dadah.

“Hasil soal siasat, anggota menyerbu sebuah unit di kondominiu­m berkenaan dengan dipandu arah oleh suspek dan menahan dua lagi individu termasuk seorang wanita.

“Pemeriksaa­n di dalam rumah menjumpai tiga bungkusan plastik disyaki syabu dengan berat 2,676 gram dianggarka­n bernilai RM200,000 dan menemui wang tunai RM50,680,” katanya, semalam.

Abdul Rani berkata, pihaknya turut merampas mesin kiraan wang, mesin pembungkus, alat penimbang digital, telefon bimbit dan komputer riba.

“Ketiga-tiga suspek berusia 29, 37 dan 41 tahun ditahan kerana disyaki menagih dan mengedar dadah. Semua rampasan termasuk Toyota Hilux dianggarka­n bernilai RM370,680,” katanya.

Katanya, tangkapan serta barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ?? ?? WANG tunai, syabu dan beberapa peralatan membungkus dadah yang dirampas.
WANG tunai, syabu dan beberapa peralatan membungkus dadah yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia