Harian Metro

2 penyamun tak sempat barang disamun

-

Kajang:

Biarpun sudah berjaya memecah masuk sebuah kedai di Puchong Jaya di sini pada Jumaat lalu, dua lelaki tempatan gagal melarikan barangan daripada premis berkenaan.

Sebaliknya, kedua-dua suspek ditahan ketika masih berada di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kedua-dua suspek ditahan selepas polis menyerbu kawasan berkenaan pada 4 petang hari sama.

“Polis berjaya menemukan semula barang yang dicuri mereka. Kedua-dua suspek berusia lingkungan 40-an itu mengaku melakukan jenayah pecah kedai di sekitar daerah ini.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Balai Polis Kajang untuk tindakan serta siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohd Zaid berkata, pihaknya berjaya menahan lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah di Taman Kajang Prima semalam.

“Suspek berusia 29 tahun ditahan bersama beg galas mengandung­i barangan dicuri dan hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya.

Kota Bharu:

Akibat terpedaya dengan janji manis, lebih 50 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) mendakwa mengalami kerugian mencecah RM200,000 selepas membuat pelaburan mata wang kripto berjumlah antara RM1,000 hingga lebih RM10,000 seorang.

Malah, mereka sanggup menggunaka­n wang simpanan dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selepas gelap mata mengaut keuntungan melebihi satu peratus sehari itu.

Penuntut yang mahu dikenali sebagai Amir, 21, berkata, dia mula memasuki pelaburan membeli mata wang kripto apabila seorang pensyarahn­ya yang juga leader membuat iklan di dalam kumpulan WhatsApp pada Jun lalu.

Katanya, dia mula memasukkan wang RM138 lebih 10 kali ke lima akaun berbeza sehingga mengalami kerugian keseluruha­n hampir RM3,900.

“Lebih malang, saya mengajak adik membuat pelaburan dengan jumlah RM2,800 kerana percaya pelaburan itu memberi keuntungan selepas melihat akaun saya bertambah menjadi lebih RM9,000 namun tidak sempat untuk mengambiln­ya.

“Pada 18 Oktober lalu, akaun pelaburan saya tidak dapat dibuka dan saya serta rakan lain menyedari kami ditipu sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu, Khamis lalu,” katanya.

Menurutnya, dia buntu dan tertekan kerana tidak mendapatka­n keuntungan,

‘ ‘

Saya mengajak adik Saya fikir masuk membuat pelaburan pelaburan ini lebih dengan jumlah mudah kerana RM2,800 kerana mentawarka­n percaya pelaburan itu keuntungan memberi keuntungan” yang tinggi”

Amir

Johan

malah wang modal lebur menyebabka­n tiada wang untuk membeli makanan.

Katanya, dia terpaksa mencatu untuk perbelanja­an makan dan mengharapk­an ihsan rakan selain tidak memberitah­u ibu bapa kerana bimbang dimarahi.

Seorang lagi penuntut, Johan, 21, rugi lebih RM2,000 apabila memasukkan wang ke akaun pelaburan atas beberapa nama.

Katanya, dia mula menyertai pelaburan itu pada Jun selepas tertarik

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia