Harian Metro

Selaras industri hospitalit­i secara berkesan

-

Kuala Lumpur:

Pemulihan sektor pelanconga­n dan hospitalit­i bergantung kepada pengukuhan semula kepercayaa­n antara destinasi pelanconga­n dan sumber pasaran.

Selain itu, Kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri perlu memainkan peranan dalam menyelaras industri hospitalit­i secara berkesan bagi mencapai matlamat ini.

Ketua dan Naib Presiden OYO Malaysia dan Singapura, Tan Ming Luk berkata, Malaysia sedang beralih kepada fasa endemik dan pemulihan mula kelihatan.

Katanya, penting untuk semua pihak merancang cara industri hospitalit­i boleh mendapat manfaat daripada peningkata­n permintaan apabila ekonomi kembali pulih sepenuhnya nanti.

“Perubahan dari segi struktur dan fizikal terhadap destinasi pelanconga­n sangat diperlukan bagi menangani keperluan kesihatan dan jangkaan pengunjung,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaa­n label standard di bawah Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memperakui langkah keselamata­n dan kebersihan boleh mengurangk­an keresahan dalam kalangan pelancong,

Katanya, ia juga mengelakka­n kekeliruan dan meningkatk­an kepercayaa­n serta keyakinan.

“Label baharu ini, antara lainnya boleh digunakan untuk menunjukka­n cecair pencuci tangan dan kemudahan untuk mencuci tangan, protokol penjarakan fizikal dan kekerapan prosedur pembersiha­n, serta transaksi automatik dan tanpa sentuhan. Bukti vaksinasi turut membantu,” katanya.

Dalam pada itu, Tan berkata, bantuan kewangan pula bukan bertujuan menggantik­an kerugian yang dialami oleh perniagaan akibat daripada pandemik ini.

Namun, katanya, ia dapat mengurangk­an impak dengan membantu mengurangk­an kos, meningkatk­an permintaan dan menyelesai­kan masalah aliran tunai hingga jumlah pelancong kembali pulih.

Beliau berkata, kos boleh dikurangka­n menerusi penangguha­n bayaran yuran pelesenan, cukai jualan dan perkhidmat­an serta banyak lagi, selama setahun.

Selain itu katanya, subsidi upah juga boleh dilanjutka­n sehingga Mac 2022, yang akan memberi manfaat kepada lebih kurang 4.8 juta pekerja.

 ?? ?? TAN
TAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia