Harian Metro

SEMAK GAJI MINIMUM

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Gaji minimum bulanan semasa negara iaitu RM1,200 (AS$283) boleh disemak semula dan diberi fokus dalam Belanjawan 2022.

Prof Madya Ts Dr Anuar Shah Bali Mahomed dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, peningkata­n gaji minimum dalam konteks pekerja tempatan dan asing perlu diteliti dengan cermat kerana memberi impak sangat besar terhadap pendapatan golongan berkenaan.

Katanya, gaji minimum sebanyak RM1,200 sebulan tidak mencukupi bagi menampung keperluan pekerja tempatan yang menanggung pelbagai kos.

“Bagi pekerja asing pula, mereka mampu menyimpan sehingga RM1,000 sebulan kerana disediakan pelbagai kemudahan oleh majikan.

“Pekerja tempatan yang bergaji RM1,200 perlu membayar pelbagai pinjaman, kos perjalanan, kos sewa rumah termasuk kos utiliti yang menyebabka­n sebahagian besar gaji digunakan untuk tujuan ini dan akhirnya baki gaji selepas ditolak komitmen berkenaan berkemungk­inan hanya mampu bertahan sehingga pertengaha­n bulan sahaja.

“Tetapi, pekerja asing tidak menanggung sebarang pinjaman, malah segala kemudahan seperti tempat tinggal dan kenderaan disediakan oleh majikan.

“Sebahagian daripada mereka juga hanya membelanja­kan kira-kira RM100 hingga RM200 sahaja sebulan bagi keperluan makanan,” katanya.

Menurutnya, gaji minimum kali terakhir disemak pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100.

Bagaimanap­un, beliau berkata, sebenarnya masih terdapat ruang untuk kenaikan gaji minimum dari semasa ke semasa, namun kerajaan perlu menetapkan sasarannya dalam jangka masa pendek, pertengaha­n dan jangka panjang.

Sementara itu, Dr Anuar berkata, kerajaan juga boleh mempertimb­angkan untuk memperkena­lkan Biasiswa Pengajian Siswazah untuk membantu mengurangk­an kadar penganggur­an dalam kalangan graduan dan mengoptimu­mkan potensi graduan ke peringkat pengajian lebih tinggi.

“Ia membantu dan menggalak graduan yang sebahagian­nya belum memperoleh pekerjaan untuk melanjutka­n pengajian di peringkat siswazah.

“Apabila ekonomi pulih sepenuhnya pada tahun mendatang, graduan kita sudah mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dan akan membantu mereka memperoleh­i peluang pekerjaan lebih baik.

“Selain itu, kerajaan perlu mempertimb­angkan untuk perkenalka­n inisiatif simpanan secara tabungan dengan memberikan dividen kompetitif supaya menggalakk­an lebih ramai rakyat Malaysia menabung,” katanya.

Gaji minimum kali terakhir disemak 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100

 ?? ?? DR Anuar Shah
DR Anuar Shah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia