Harian Metro

Kempen HOC dijangka diperluas babit pasaran sekunder

-

Kuala Lumpur:

Deloitte Malaysia menjangkak­an kerajaan membuat pertimbang­an untuk memperluas Kempen Pemilikan Rumah (HOC) ke pasaran sekunder bagi menawarkan lebih banyak pilihan hartanah untuk pembeli.

Dalam kenyataan bertajuk Soal Jawab Jangkaan Awal Bajet 2022, kalangan pakar pencukaian­nya berkata, HOC pada masa ini hanya membabitka­n hartanah baharu yang berdaftar dengan kempen itu serta pemaju tertentu.

“Oleh itu, HOC yang berlangsun­g sehingga 31 Disember 2021 berkemungk­inan besar dilanjutka­n lagi bagi memacu pasaran hartanah itu,” kata firma perkhidmat­an profesiona­l itu.

Menurutnya, bagi membantu mereka yang bergelut untuk melunaskan bayaran pinjaman perumahan masing-masing, kerajaan juga disaran mempertimb­ang insentif dalam bentuk pengecuali­an cukai pendapatan ke atas kadar faedah terakru bagi pinjaman itu selepas tempoh moratorium berakhir.

“Bagi mereka dalam kelompok isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40), kerajaan mungkin boleh mempertimb­ang untuk memberi insentif kepada institusi kewangan yang bertindak mengecuali­kan kadar faedah terakru dengan memberi potong cukai tambahan,” katanya.

Mengulas kerugian dialami bank akibat penutupan perniagaan serta isu kredit yang terjejas teruk, Deloitte Malaysia berkata, ini akan memberi impak dari segi pinjaman pada masa akan datang.

Sehubungan itu, ia menyaranka­n supaya kerajaan meneliti bagaimana peraturan cukai sedia ada dapat menampung isu terbabit, termasuk menerusi insentif membabitka­n pembiayaan bagi menyelamat­kan perniagaan.

Menurutnya, ini menyamai langkah kerajaan untuk menyelamat­kan beberapapr­ojek perumahan yang terbengkal­ai beberapa tahun dulu selain memberi kredit cukai khas ke atas kerugian dialami akibat masalah hutang ketara yang gagal dilunaskan.

“Insentif cukai ini boleh digunakan bagi menggalakk­an pinjaman dan pelaburan dalam projek dan segmen pasaran tertentu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia