Harian Metro

LKIM teliti 223 permohonan memodenkan vesel

-

Beruas:

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sedang meneliti 223 permohonan daripada nelayan di seluruh negara yang ingin mendapatka­n peruntukan di bawah program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan.

Pengerusin­ya, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, menerusi program terbabit, LKIM komited memastikan taraf hidup nelayan dapat ditingkatk­an dengan cara memodenkan kapal dan mekanisasi penangkapa­n ikan.

“Setakat ini, RM51 juta daripada RM150 juta peruntukan sudah diagihkan kepada nelayan di seluruh negara menerusi program itu, sekali gus dapat meningkatk­an taraf ekonomi golongan terbabit.

“Daripada RM150 juta berkenaan, RM105 juta diperuntuk­kan untuk memodenkan vesel manakala selebihnya untuk mekanisasi penangkapa­n ikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Road to 50 Tahun LKIM dan penyerahan sumbangan 50 kotak makanan Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) Prihatin kepada nelayan di Bagan Panchor, di sini.

Turut berlangsun­g, perarakan 50 bot nelayan termasuk sampan, bot kelas A, B dan C di perairan Bagan Panchor, bagi meraikan sambutan Jubli Emas 50 Tahun LKIM bersama nelayan.

Dalam pada itu, Syed Abu Hussin Hafiz berkata, sehingga kini, sebanyak 258 vesel dari kelas A dan B terbabit dalam program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan, sama ada membeli bot baharu bagi menaik taraf kelas vesel atau menambah baik mekanisasi peralatan menangkap ikan pada vesel sedia ada.

“Pengusaha yang layak akan menerima peruntukan maksimum sehingga RM5 juta seorang bagi memodenkan vesel mereka, sama ada untuk membeli vesel baharu atau menambah baik bot sedia ada seperti menaik taraf kapasiti enjin atau peralatan,” katanya.

 ?? ?? SYED Abu Hussin
SYED Abu Hussin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia