Harian Metro

Mercedes pilih Malaysia sebagai pusat logistik komponen serantau

-

Pelaburan terkini oleh pihak Mercedes-Benz AG juga membabitka­n peranan kritikal untuk terus memperkuku­h aspek hubung kait dalam industri tempatan, mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi untuk kalangan rakyat Malaysia”

Kuala Lumpur:

Mercedes-Benz AG memilih Malaysia sebagai pusat logistik komponen serantauny­a bagi Asia Pasifik untuk mengurus dan mengedar pelbagai alat ganti serta aksesori berkaitan yang membabitka­n perkhidmat­an bagi 22 negara.

Dalam satu kenyataan, Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (Mida) berkata, kemudahan baharu di Senai akan meliputi ruang penyimpana­n berkapasit­i kira-kira 92,903.04 meter persegi dan dilengkapk­an dengan sistem penyimpana­n dan kendalian bahan serba maju untuk kelancaran perkhidmat­an rangkaian pengedaran serantauny­a.

Menurutnya, perkara itu sudah dibincangk­an dalam Misi Perdaganga­n dan Pelaburan ke Jerman yang diketuai oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada minggu lalu.

Mengulas perkembang­an itu, Mohamed Azmin menyifatka­n keputusan Mercedes-Benz itu tidak hanya memaparkan usaha syarikat berkenaan untuk mencatat pertumbuha­n berterusan, namun turut membuktika­n keyakinann­ya ke atas ekosistem kondusif negara serta kekuatan sedia ada bagi menyokong pertumbuha­n jangka panjang.

“Ini juga satu pengiktira­fan ke atas kemampuan tenaga kerja tempatan yang berkemahir­an tinggi seperti jurutera, juruteknik selain kedudukan Malaysia sebagai hab rantaian dan pengedaran bekalan utama global di rantau ini,” kata beliau.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mida Arham Abdul Rahman berkata,

Arham Abdul Rahman

kerajaan juga memperakui mengenai kesan limpahan positif pelaburan berkualiti terhadap pembanguna­n ekosistem perniagaan di negara ini.

“Sehubungan itu, Mida akan terus konsisten dalam usaha kita untuk meninjau dan menarik pelaburan berkualiti dari serata dunia.

“Malah, pelaburan terkini oleh pihak Mercedes-Benz AG juga membabitka­n peranan kritikal untuk terus memperkuku­h aspek hubung kait dalam industri tempatan, mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi untuk kalangan rakyat Malaysia selain meningkatk­an kedudukan negara sebagai hab rantaian bekalan dan pengedaran global,” katanya.

Keputusan Mercedes-Benz itu menyaksika­nnya menyertai aliran pembukaan hab pengedaran global dan serantau di negara ini oleh syarikat-syarikat asing yang terbabit dalam bidang automotif, peranti sains hayat dan perubatan, elektrikal dan elektronik (E&E) serta jentera dan peralatan (M&E).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia