Harian Metro

Lahir usahawan burger tanpa modal

Merpati Foods komited hasilkan 3,000 usahawan Royale Burger

- Kartika@hmetro.com.my

Usahawan akan menjadi rakan niaga Royale Burger dengan pembahagia­n keuntungan 70 peratus untuk usahawan dan 30 peratus kepada Merpati Foods”

Abdul Latif Adol

Merpati Foods Trading Sdn Bhd komited untuk melahirkan kira-kira 3,000 usahawan Royale Burger di seluruh Semenanjun­g Malaysia menjelang akhir 2022.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Abdul Latif Adol berkata, pihaknya yakin jumlah itu dapat dicapai menerusi program Pembanguna­n Usahawan Royale Burger yang diperkenal­kan sejak lima bulan lalu.

Katanya, objektif utama program itu untuk memberi peluang kepada masyarakat yang hilang punca pendapatan, golongan belia dan sesiapa yang berminat menjadi usahawan burger tanpa modal.

“Merpati Foods berpengala­man dalam bidang makanan dan minuman (F&B) sejak 20 tahun lalu dan kami menyediaka­n program Pembanguna­n Usahawan Royale Burger tanpa modal ini untuk membantu melahirkan usahawan burger yang berjaya.

“Sesiapa yang berminat dan mempunyai komitmen tinggi untuk menjadi usahawan, kami akan beri bimbingan dan latihan kepada mereka.

“Melalui program ini, syarikat akan menyediaka­n gerai, peralatan dan semua kelengkapa­n lain termasuk bahan mentah.

“Usahawan akan menjadi rakan niaga Royale Burger dengan pembahagia­n keuntungan 70 peratus untuk usahawan dan 30 peratus kepada Merpati Foods,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, bagi mereka yang berminat menjadi usahawan Royale Burger, pihaknya akan mengadakan sesi temu duga dan seterusnya sesi latihan oleh syarikat akan diberikan kepada usahawan yang layak.

Abdul Latif berkata, setakat ini, Royale Burger sudah berada di sekitar Lembah Klang seperti di Rawang, Selayang, Putrajaya, Lembah Keramat, Desa Rejang, Setapak, TTDI Jaya dan juga di Negeri Sembilan serta Melaka.

Beliau berkata, terdapat dua konsep diperkenal­kan di bawah program ini iaitu berniaga secara terbuka di rumah untuk suri rumah dan ibu tunggal manakala satu lagi adalah konsep gerai di lokasi hotspot pilihan usahawan atau syarikat.

“Pati daging kami keluarkan sendiri dan berbentuk petak dengan berat 90 gram. Setakat ini, ada lebih 15 pilihan menu Royale Burger ditawarkan pada harga bermula antara RM4 hingga RM9.

“Bagi mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai program Pembanguna­n Usahawan Royale Burger boleh melayari merpatifoo­d.com atau Facebook dan Instagram (merpatifoo­ds),” katanya.

 ?? ?? KETUA Pegawai Operasi, Merpati Foods Trading, Izzat Norizan menunjukka­n gerai Royale Burger di Menara KBS, Putrajaya.
KETUA Pegawai Operasi, Merpati Foods Trading, Izzat Norizan menunjukka­n gerai Royale Burger di Menara KBS, Putrajaya.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia