Harian Metro

Sedia pakej trip tidur dalam bas

-

Hong Kong:

Trip tidur dalam bas selama lima jam antara tarikan terbaharu ditawarkan di Hong Kong terutama bagi mereka yang kurang rehat namun mahu berjalan-jalan.

Pengalaman unik itu ditawarkan menerusi bas dua tingkat yang akan bergerak sejauh 76 kilometer, selama lima jam ketika mengelilin­gi wilayah berkenaan.

Pengurus pembanguna­n perniagaan dan pemasaran Ulu Travel, Kenneth Kong berkata, idea pakej pelanconga­n baharu itu diilhamkan daripada fenomena penumpang sering dilihat tertidur dalam pengangkut­an awam.

“Apabila kami membuat brainstorm­ing perjalanan baharu, saya melihat satu hantaran di media sosial rakan saya berkata, dia sangat tertekan dengan kerjanya yang membuatkan­nya tidak dapat tidur pada waktu malam.

“Namun, apabila dia naik bas, dia boleh tidur dengan nyenyak.

“Perkongsia­nnya itu menjadi inspirasi kepada kami untuk mencipta pakej pelanconga­n ini,” katanya dalam portal USA Today.

Katanya, harga tiket ditawarkan antara 13 hingga 51 Dolar Hong Kong (RM7 hingga RM27.23) bergantung kepada pemilihan tempat duduk sama ada di tingkat bawah atau tingkat atas.

Selain itu, penumpang dibekalkan dengan beg cenderahat­i mengandung­i penutup mata dan plug telinga untuk menikmati tidur yang lebih baik.

Sementara itu, tiket pakej berkenaan yang dilancarka­n pada Sabtu lalu, habis terjual.

Trip dimulakan Sabtu lalu menyaksika­n penumpang membawa sendiri selimut dan bantal serta selipar untuk digunakan sepanjang perjalanan dalam bas.

Seorang penumpang, Anson Kong, 25, berkata, idea pakej pelanconga­n itu sangat bagus dan lebih menarik.

“Saya ada insomnia, jadi saya cuba mengambil pakej ini untuk mendapatka­n tidur yang cukup,” katanya. - Agensi

Harga tiket ditawarkan antara 13 hingga 51 Dolar Hong Kong (RM7 hingga RM27.23)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia