Harian Metro

Nafi atlet mati kena penggal

Sebab kematian pemain bola tampar masih tidak diketahui

-

Keluarga kepada atlet bola tampar pasukan remaja perempuan Afghanista­n, Mahjabin Hakimi menafikan laporan bahawa wanita itu dipenggal oleh Taliban.

Terdahulu, jurulatih Mahjabin mendakwa wanita itu dibunuh dan gambarnya disebarkan di media sosial, lapor The Sun.

Dakwaannya itu kemudian dipetik oleh laman web Persian Independen­t dan kemudian ia disiarkan beberapa media Barat.

Seorang daripada ahli pasukan Mahjabin, yang melarikan diri dari Afghanista­n ke United Kingdom (UK), sebelum ini memberitah­u

BBC, seorang ahli pasukannya dibunuh Taliban.

Tetapi, kini ahli keluargany­a menafikan laporan bahawa Mahjabin dibunuh Taliban namun sebab kematian wanita itu masih tidak diketahui.

Salah seorang ahli keluarga memberitah­u laman web, Alt News bahawa mangsa sebenarnya meninggal dunia pada 6 Ogos lalu.

Ahli keluarga juga berkongsi gambar batu nisan pada kubur Mahjabin dengan tarikh kematian pada batu berkenaan.

Abangnya, Skandar Hakimi menukar profil Facebook kepada bulatan gelap pada 7 Ogos dan menerusi komen, seorang menyatakan doa kepada wanita itu.

Rakan kepada Mahjabin juga memuat naik gambar Mahjabin pada 9 Ogos dan merakamkan ucapan takziah atas pemergian mangsa.

Gambar mayat Mahjabin sebelum ini tersiar di media sosial, tetapi ia juga tidak menunjukka­n bahawa mangsa dipenggal.

Dalam pada itu, wartawan India, Deepa K Parent menerusi Twitter berkata, beliau juga sudah bercakap dengan keluarga Mahjabin dan memuat turun serta memadamkan ciapan mengenai kematian mangsa kerana ‘laporan tidak tepat’.

Mahjabin bermain dengan Kelab Bola Tampar Perbandara­n Kabul sebelum Taliban mengambil alih kuasa pada akhir Ogos lalu.

Pada September, pemain pasukan kebangsaan Afghanista­n mendakwa mereka menyembuny­ikan diri daripada pejuang Taliban.

 ?? ?? MAHJABIN Hakimi
MAHJABIN Hakimi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia