Harian Metro

BELAJAR KETIKA ‘BEREHAT’

Isyariana ikuti kelas lakonan dalam talian selain praktik dialog Cabarannya apabila masuk set semula, lidah macam bergulung untuk berdialog sebab dah lama duduk di rumah. Boleh dikata, ini antara situasi yang sekarang saya lalui

-

“Cuma, rambut semakin panjang kena potong untuk konti dan ia bukanlah satu isu besar pun,” katanya.

Pada usianya sekarang, pelakon kelahiran

Temerloh, Pahang ini belum memikirkan soal pasangan hidup.

Sebaliknya, dia mengakui masih berhempas pulas membina nama dalam bidang seni diceburi ini.

“Saya betul- betul dikenali peminat menerusi drama Satukan Rasa berganding dengan Siti Nordiana dan Khai Bahar. Semua penonton kenal dengan karakter saya itu.

“Sehingga kini saya sentiasa perbaiki hasil kerja dan tidak berasa selesa kerana tetap beranggapa­n masih baharu dalam dunia seni.

“Sementara ada peluang dan tawaran berlakon, saya akan pasti membuat yang terbaik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia yang juga pernah menganggot­ai duo Hanarose bersama

Eka Sharif pada 2014 dan kemudian menyertai program realiti, Akademi Fantasia 2016, tidak putus asa untuk mencipta nama dalam bidang nyanyian.

“Hanarose pernah tampil dengan single Girlfriend. Selain itu, saya juga

menyanyika­n lagu runut bunyi untuk filem seperti Usin UFO, Coverina dan

Pengantin Malam.

“Saya juga diberi peluang menyanyika­n lagu runut bunyi drama HYD ini yang berjudul Vida. Pada 6 Jun lalu, saya ada lancarkan single solo berjudul Bisik Hati yang bergenre balada.

“Memang saya berniat nak aktif semula dalam bidang nyanyian seperti dulu. Saya akan fokus pada dua lagu baharu yang keluar sekarang.

“InsyaAllah akan datang ada lagi single lain bakal.dihasilkan.

Saya harap, orang ramai yang kenal saya menerusi lakonan akan lebih terbuka menerima diri saya yang asalnya seorang penyanyi,” katanya.

ISYARIANA

 ?? ?? ISYA berhasrat mencipta nama dalam nyanyian pula.
ISYA berhasrat mencipta nama dalam nyanyian pula.
 ?? ?? GEMBIRA dapat berlakon semula dalam Hati Yang Dikhianati.
GEMBIRA dapat berlakon semula dalam Hati Yang Dikhianati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia