Harian Metro

KONTROVERS­I TAK JEJAS REPUTASI

10 album terbaik Search kekal jadi ingatan peminat rock tempatan

-

Jika ditanya band rock tempatan mana paling banyak mencetuska­n kontrovers­i. Pasti ramai bersetuju jawapannya ialah Search.

Selepas beberapa siri kontrovers­i sejak 1980-an, tahun 2021 juga menyaksika­n Search masih tidak sunyi dengan kontrovers­i.

Apa saja yang berlaku, Search masih dilabel sebagai band rock paling berpengaru­h di Malaysia berdasarka­n reputasi, kualiti dan populariti mereka.

Sejak tahun 1985 hingga 2017, Search menghasilk­an 16 album studio termasuk album B-Sides iaitu Berpaling dan Di Pintu Sepi serta dua album Double Trouble bersama Wings.

Kajian yang dilakukan Music Addicts Malaysia Community di Facebook, baru-baru ini memilih 10 album terbaik yang menjadi pilihan peminat tegar Search.

Ia dipilih berdasarka­n kualiti, populariti, kreativiti dari segi gubahan muzik, ciptaan lagu, lirik dan pastinya cita rasa masing-masing dalam kalangan peminat.

Malah, teknik permainan, 'sound', 'riff', solo daripada pemainpema­in gitar Search seperti Kid, Noordin,

Man Kidal dan Hillary

Ang turut memainkan peranan penting.

Hasil kajian mendapati rata-ratanya memilih album ketiga, Mentari Merah Di Ufuk Timur sebagai album terbaik.

Ini diikuti album Fenomena, Langit & Bumi, Rampage dan Karisma.

Lima lagi album pilihan peminat ialah album sulung, Cinta Buatan Malaysia, Rock & Roll Pie, Bikin Wilayah (projek khas bersama Awie Wings), Gema Di Timur Jauh dan Double Trouble I (bersama

Wings).

Berikut 10 album yang menjadi pilihan peminat :

1. Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)

2. Fenomena (1989)

3. Langit & Bumi (1986)

4. Rampage (1992)

5. Karisma (1990)

6. Cinta Buatan Malaysia (1985)

7. Rock & Roll Pie (1996)

8. Bikin Wilayah (1998)

9. Gema Di Timur Jauh (1995)

10. Double Trouble I (1992)

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia