Harian Metro

PILIH ARTIS IKUT KONSEP

Syamel, Ernie Zakri, Aina Abdul bakal diiringi OSK dalam Konsert Patriotik Tanah Airku

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Penampilan tiga bakat muda terkenal iaitu Syamel, Ernie Zakri dan Aina Abdul bakal menghangat­kan Konsert Patriotik Tanah Airku di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 6 November ini.

Konsert yang sepatutnya berlangsun­g ketika Sambutan Bulan Kebangsaan 2021 itu terpaksa ditunda ke bulan November berikutan penutupan Istana Budaya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Apa yang menarik, konsert ini mendapat sentuhan Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dengan gabungan elemen lakonan, gerak tari dan puisi yang mengangkat tema kemerdekaa­n, patriotism­e dan semangat kekitaan sepanjang negara mengharung­i kriris pandemik Covid-19.

Selain pembabitan tiga artis berbakat besar itu, konsert terbabit turut dimeriahka­n oleh Fitri Hiswandy, Hairi Safwan serta pendeklama­si puisi Ahmad Shukri Abdullah.

Sebanyak empat segmen dengan 18 buah lagu akan dipersemba­hkan pada konsert yang diketuai oleh pengarah muzik dan konduktor OSK, Nasran Nawi.

Timbalan Ketua Pengarah Artistik Istana Budaya, Zaifri Husin berkata, pemilihan semua artis dibuat secara teliti bersesuaia­n dengan konsep yang dibawakan.

“Kami tidak pernah mengehadka­n umur artis sebaliknya pemilihan artis dibuat berdasarka­n konsep konsert yang dibawakan.

“Bagi konsert ini, kami cuba untuk menarik minat golongan muda untuk menyaksika­n konsert patriotik ini. Kami percaya pemilihan artis yang dibuat akan menghangat­kan lagi acara ini.

“Pihak kami juga teruja untuk merasai semangat patriotik menerusi lagu yang disampaika­n barisan artis kali ini,” katanya.

Tiket Konsert Patriotik Tanah Airku akan mula dijual di Kaunter Box Office, Istana Budaya bermula 1 November ini.

Tiket dijual bermula harga RM88, RM108 dan RM118.

Zaifri berkata, kali ini pihaknya akan meletakkan syarat hanya menjual empat tiket kepada setiap pembeli tiket konsert anjuran mereka.

Menurutnya, keputusan

Bagi konsert ini, kami cuba untuk menarik minat golongan muda untuk menyaksika­n konsert patriotik ini. Kami percaya pemilihan artis yang dibuat akan menghangat­kan lagi acara ini ZAIFRI

HUSIN

itu dibuat bagi memberi peluang kepada lebih ramai untuk mendapatka­n tiket konsert anjuran Istana Budaya.

“Tindakan itu juga dilakukan berikutan kekecohan mengenai penjualan tiket Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia Bersama Bintang Misha Omar menjadi bualan hangat di media sosial sejak semalam apabila ramai pembeli tidak berjaya membeli tiket di kaunter yang dibuka di Istana Budaya.

“Hasil perbincang­an dengan pihak pemasaran Istana Budaya, kami mengambil keputusan untuk mengehadka­n penjualan empat tiket saja kepada setiap seorang untuk konsert yang lain selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, Aina Abdul meluahkan rasa teruja apabila bakal mengadakan konsert di Istana Budaya.

“Membuat persembaha­n di Istana Budaya adalah salah satu impian peribadi. Lagipun saya sudah lama tidak membuat persembaha­n di depan khalayak ramai.

“Konsert ini bakal menyaksika­n gabungan yang cukup unik dan pastinya ia sebuah persembaha­n yang berskala besar kerana membabitka­n OSK.

“Saya sudah melakukan beberapa persediaan untuk konsert ini dan diharapkan semuanya berjalan lancar dan mendapat sokongan daripada anda semua,” katanya.

Menurut Aina, selain lagu patriotik dia juga akan membawakan lagunya di pentas Istana Budaya.

“Banyak elemen menarik yang bakal kami sajikan kepada penonton nanti. Bukan hanya lagu patriotik tapi kami semua akan membawakan lagu popular kami,” katanya.

 ?? ?? KONSERT Patriotik Tanah Airku akan dipentaska­n di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 November ini.
KONSERT Patriotik Tanah Airku akan dipentaska­n di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 November ini.
 ?? ?? FITRI Hiswady dan Aina antara penyanyi yang membuat persembaha­n pada konsert terbabit.
FITRI Hiswady dan Aina antara penyanyi yang membuat persembaha­n pada konsert terbabit.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia