Harian Metro

UNGKAP KISAH PELAWAK

Seperti yang saya gambarkan mengenai naskhah ini, Deborah juga adalah watak wanita yang rumit dan sangat dramatik. Dia juga begitu spesifik dalam melakukan sesuatu Hacks rungkai kisah hidup Jean Smart sebelum mencipta nama di Las Vegas

-

Smart, 70, mengakui teruja saat menerima tawaran untuk membintang­i naskhah yang disifatkan sebagai rumit ini.

“Naskhah ini sangat rumit dan tidak dapat dijangka. Dalam kata lain, ia adalah karya yang sangat dramatik. Itu salah satu sebab kenapa saya terima tawaran untuk membintang­i Hacks,” katanya.

Berkongsi mengenai watak Deborah Vance yang dibintangi­nya, Smart juga menggambar­kan Deborah sebagai wanita yang begitu rumit.

“Seperti yang saya gambarkan mengenai naskhah ini, Deborah juga adalah watak wanita yang rumit dan sangat dramatik. Dia juga begitu spesifik dalam melakukan sesuatu.

“Banyak yang ingin digapainya dalam kehidupan. Pada masa sama, dia juga mencintai kariernya sebagai bintang komedi kerana menerusi karier itu, dia disayangi dan membina keyakinan,” katanya.

Kehidupan Deborah kemudianny­a diuji apabila namanya bakal digantikan dengan bakat baharu.

“Ketika dia berjuang untuk menerima kenyataan bahawa dirinya akan digantikan oleh seorang bakat baharu, dia pada masa sama masih kekal dengan ego yang menolak idea-idea terkini.

“Dari situlah muncul watak Ava lakonan Hanna Einbinder yang mana, cuba membawa idea baharu dalam komedinya memandangk­an tugasan

Ava adalah sebagai penulis komedi,” katanya.

Hacks tidak hanya menyajikan kisah drama, sebaliknya turut membawa penonton melihat sendiri apa yang berlaku di balik tabir industri seni persembaha­n di Hollywood.

Ditanya sama ada apa yang dipertonto­nkan dalam Hacks contohnya, ‘seksis’ adalah terjemahan sebenar apa yang berlaku dalam industri seni persembaha­n di Hollywood, Smart tidak menafikann­ya.

“Kalau kita lihat semula sejarah, ‘seksis’ ini memang pernah berlaku suatu ketika dahulu. Bukan saja di Hollywood, bahkan dalam sejarah lain juga termasukla­h peperangan.

“Lelaki dilihat sebagai golongan yang bekerja dan boleh melakukan apa saja, manakala wanita pula dianggap sebagai golongan yang lemah dan hanya perlu berada di rumah.

“Disebabkan itu, kebanyakan ruang persembaha­n dan apa juga karya, lebih.berkisar mengenai lelaki berbanding wanita. Namun, kini semuanya sudah berubah kerana wanita juga sudah dapat melakukan banyak perkara hebat,” katanya.

Selain James dan Einbinder, Hacks yang ditayangka­n sebanyak 10 episod turut dibintangi barisan pelakon lain antaranya Carl ClemonsHop­kins, Kaitlin Olson, Christophe­r McDonald dan ramai lagi.

JEAN SMART

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia