Harian Metro

LANTIK JADI PENTADBIR UNIVERSITI

-

Dengan kembalinya alumni ke universiti untuk membantu atau dalam pentadbira­n Institusi Pengajian Tinggi (IPT), mereka bukan saja menjadi inspirasi kepada pelajar tetapi boleh membawa pembaharua­n atau idea baru dalam pelbagai perkara.

Setiap alumni melalui pengalaman daripada zaman belajar kepada graduan yang unik dan berbeza.

Justeru, mereka mempunyai potensi untuk menyumbang kepada universiti dalam cara dan skala yang pelbagai.

Oleh yang demikian, pelantikan alumni dan golongan muda sebagai sebahagian daripada pentadbira­n institusi IPT adalah relevan dan sangat diperlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, bantuan alumni sebagai satu daripada pemegang taruh amat diperlukan bagi meningkatk­an kualiti sesebuah institusi IPT.

Menurutnya, banyak IPT luar negara seperti Harvard University,

Cornell University dan University of Cambridge yang kualitinya sudah tidak perlu diperbahas­kan lagi menyerapka­n alumni dalam barisan pentadbira­n.

“Sumbangan alumni dengan pelbagai latar belakang amat penting demi mendapatka­n sokongan dan bantuan bagi meningkatk­an kualiti IPT, justeru kaedah sama boleh kita aplikasi atau perkukuhka­n di negara ini.

“Tiada salahnya mengambil alumni sebagai sumber untuk membantu meningkatk­an kualiti pendidikan dengan menggunaka­n pelbagai platform serta menerusi peraturan atau undangunda­ng yang dibenarkan.

“Selain kualiti pendidikan, jaringan alumni yang kukuh juga mampu memberi bantuan kewangan, meningkatk­an kebolehpas­aran graduan dan seterusnya menarik minat generasi baharu untuk mengikuti pengajian di IPT berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, banyak IPT di luar negara yang menjadikan alumni sebagai sebahagian anggota pentadbira­n

IPT seperti di Amerika

Syarikat dan United Kingdom (UK).

Katanya, pelajar juga diberikan kepercayaa­n menerusi majlis perwakilan pelajar atau kesatuan pelajar yang terbabit dalam menyumbang idea dan pandangan untuk dipertimba­ngkan pengurusan IPT dalam membuat keputusan.

“Jadi, budaya ini perlu disuburkan di Malaysia supaya kualiti pendidikan di peringkat pengajian tinggi dapat dipertingk­atkan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Kanan Universiti

 ?? ?? GOLONGAN muda mampu memberikan idea baru yang lebih segar dan lebih menjiwai keperluan pelajar sekali gus memberi impak kepada universiti. - Gambar hiasan
GOLONGAN muda mampu memberikan idea baru yang lebih segar dan lebih menjiwai keperluan pelajar sekali gus memberi impak kepada universiti. - Gambar hiasan
 ?? ?? GOLONGAN muda mampu memberikan idea baru yang lebih segar dan lebih menjiwai keperluan pelajar sekali gus memberi impak kepada universiti. - Gambar hiasan
GOLONGAN muda mampu memberikan idea baru yang lebih segar dan lebih menjiwai keperluan pelajar sekali gus memberi impak kepada universiti. - Gambar hiasan
 ?? ?? PENGALAMAN alumni dalam pelbagai industri boleh dimanfaatk­an dalam IPT. - Gambar hiasan
PENGALAMAN alumni dalam pelbagai industri boleh dimanfaatk­an dalam IPT. - Gambar hiasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia