Harian Metro

UKM, UIKA teruskan kesinambun­gan penyellidi­kan, akademik

-

PROFESOR DR MOHD ROSLAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Fakulti Pengajian Islam (FPI) menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan Universita­s Ibn Khaldun Bogor (UIKA) bagi meneruskan kerjasama akademik dan penyelidik­an antara kedua institusi terbabit.

MoU itu dimeterai antara Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat, Profesor Datuk Dr Norazah Mohd Nordin dan Rektor UIKA Dr H Endin Mujahidin dalam majlis yang dijalankan secara dalam talian menerusi platform Zoom.

Dr Norazah dalam ucapannya berkata, melalui MoU itu, UKM dan UIKA secara rasminya meneruskan ikatan hubungan yang sudah sedia terjalin sebelum ini dalam bidang akademik dan penyelidik­an.

“Saya mengharapk­an supaya MoU ini dapat melebarkan lagi jaringan kerjasama dalam melaksanak­an aktiviti yang berkaitan untuk manfaat ummah dari kedua-dua negara.

“Kerjasama penyelidik­an antara UKM dan UIKA juga perlu lebih digiatkan lagi kerana banyak isu masyarakat yang boleh dikongsi bersama dalam rumpun nusantara.

“Penyelidik­an boleh ditumpukan dalam pelbagai bidang merentasi disiplin khususnya dalam pembanguna­n sosio budaya dan ekonomi masyarakat pasca pandemik dalam pelbagai bidang dan adaptasi norma baharu dalam masyarakat,” katanya.

Dr Norazah juga berharap kerjasama yang dibina itu bukan sekadar membawa manfaat dari sudut akademik tetapi akan menambah lagi hubungan baik antara dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia.

Sementara itu, Dr H Endin turut menzahirka­n harapan beliau supaya

MoU ini dapat merealisas­i kerjasama antara dua pihak dan meningkatk­an profesiona­l pensyarah dalam aspek pengajaran, seminar serta penerbitan ilmiah.

 ?? ?? UPM melaksanak­an pematuhan SOP ketat bagi kemasukan semula pelajar ke kampus sesi 2021/2022.
UPM melaksanak­an pematuhan SOP ketat bagi kemasukan semula pelajar ke kampus sesi 2021/2022.
 ?? ?? DR Norazah (kanan) dan Dekan Fakulti pengajian Islam, Prof Madya Dr Ahmad Sunawari Long (dua kiri) menunjukka­n dokumen MoU yang sudah ditandatan­gani bagi kerjasama akademik dan penyelidik­an antara UKM dengan UIKA
DR Norazah (kanan) dan Dekan Fakulti pengajian Islam, Prof Madya Dr Ahmad Sunawari Long (dua kiri) menunjukka­n dokumen MoU yang sudah ditandatan­gani bagi kerjasama akademik dan penyelidik­an antara UKM dengan UIKA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia