Harian Metro

TIP BERCUTI MUSIM COVID-19

Patuhi segala SOP dikeluarka­n pihak berkuasa, elak berada di kawasan sesak

- Oleh Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Sebaik sahaja kerajaan mengumumka­n mengenai peralihan fasa yang memberi peluang orang ramai untuk keluar bercuti, ramai menarik nafas lega.

Tidak dinafikan bercuti atau melancong salah satu ‘platform’ yang boleh membantu merasakan kita lebih sihat dari segi mental khasnya.

Namun, perlu diingatkan meskipun ramai sudah menerima vaksinasi virus Covid-19, keadaan sebenarnya belum pulih sepenuhnya dan langkah berhati-hati perlu diambil.

Justeru, Wanita Metro (WM) kongsikan beberapa tip yang mungkin anda boleh praktikkan jika membawa ahli keluarga terutama bersama si kecil untuk beriadah atau melancong.

1. Pastikan tidak berada di tempat yang sesak

Sebagai golongan dewasa, menjadi tanggungja­wab untuk melindungi kanakkanak terdedah daripada jangkitan virus itu.

Jika perlu membawa kanak-kanak untuk beriadah bersama pastikan lokasi anda kunjungi tidak mempunyai jumlah pengunjung yang ramai.

Ini kerana kanak-kanak berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan itu kerana mungkin mereka belum faham mengenai risiko berada di tempat yang sesak dan langkah yang perlu dilakukan.

Sebaik-baiknya, jika ingin bercuti bersama si kecil, pilihlah hari yang bukan menjadi tumpuan orang ramai untuk bercuti seperti hari bekerja atau di pertengaha­n bulan.

2. Pakaikan pelitup hidung dan hidung yang sesuai

Ketika ini di pasaran terdapat banyak pelitup muka untuk kanak-kanak. Malah, pelitup muka untuk kanak-kanak juga lebih memberi keselesaan kepada mereka kerana saiz yang lebih sesuai berbanding menggunaka­n saiz orang dewasa.

Untuk memberi lebih perlindung­an, anda boleh membeli perisai muka yang kini turut ditawarkan untuk saiz kanak-kanak. 3. Amalkan kebersihan kendiri

Memandangk­an terdapat kanak-kanak yang masih belum faham mengenai akibat penangan Covid-19, anda perlu melatih mereka untuk mengamalka­n kebersihan kendiri seperti tidak memegang muka sesuka hati dan kerap membasuh tangan.

Pastikan si kecil tidak memegang atau bermain barangan yang tercemar dan digunakan oleh ramai orang. Jika mereka menggunaka­nnya pastikan tangan segera dibasuh atau menggunaka­n cecair sanitasi.

Ingatkan kepada anakanak bahawa cecair sanitasi kini menjadi ‘senjata’ ketika berada di luar rumah dan pastikan tangan sentiasa bersih.

Jika sudah pulang ke rumah, pastikan pakaian anda sekeluarga terus dibasuh demi memastikan langkah kebersihan diri dijaga.

4. Pilih tempat penginapan yang amat mementingk­an keselamata­n

Meskipun pemain industri penginapan sudah diarahkan untuk mengikut prosedur operasi standard (SOP) namun terdapat hotel yang mempunyai

SOP dalaman sendiri yang amat ketat untuk menjaga keselamata­n tetamu dan pekerjanya.

Baca ulasan di media sosial mengenai langkah yang dilakukan pihak hotel sebelum anda menempahny­a supaya berasa lebih selamat soal kebersihan yang dipraktikk­an pihak hotel.

Lebih baik juga jika anda menginap di hotel atau resort yang tidak banyak kawasan umum dan di dalam bilik terdapat kemudahan peribadi supaya anda tidak perlu bergaul dengan tetamu yang lain.

5. Lakukan ujian calitan

Memandangk­an anda hendak bercuti bersama keluarga, digalakkan untuk anda melakukan ujian calitan kendiri yang kini kit pengesanan­nya dijual pada harga mampu milik.

Jika semua melakukan inisiatif ini, mungkin kita semua dapat bercuti dengan selamat kerana setiap keluarga sudah mengetahui status kesihatan masingmasi­ng.

 ?? FOTO | SUMBER GOOGLE ?? MEMILIH tempat yang tidak sesak untuk bercuti bersama anak-anak (gambar hiasan).
INISIATIF melakukan ujian swab sekeluarga boleh membantu mengurangk­an risiko jangkitan semasa bercuti.
AMALKAN membersihk­an diri selepas membawa anak-anak keluar beriadah.
PASTIKAN anak-anak sentiasa berada di dalam kawalan ketika bercuti (gambar hiasan).
PAKAIKAN anak-anak pelitup muka dan hidung yang sesuai dengan mereka.
FOTO | SUMBER GOOGLE MEMILIH tempat yang tidak sesak untuk bercuti bersama anak-anak (gambar hiasan). INISIATIF melakukan ujian swab sekeluarga boleh membantu mengurangk­an risiko jangkitan semasa bercuti. AMALKAN membersihk­an diri selepas membawa anak-anak keluar beriadah. PASTIKAN anak-anak sentiasa berada di dalam kawalan ketika bercuti (gambar hiasan). PAKAIKAN anak-anak pelitup muka dan hidung yang sesuai dengan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia