Harian Metro

Pengarah Teknikal FAM mungkin ‘orang luar’

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@ hmetro.com.my

Kuala Lumpur:

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mahu terlalu gopoh atau ‘tangkap muat’ dalam memilih pengarah teknikal baharu bagi memperkuat­kan lagi pasukan kebangsaan.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Abu Bakar berkata, pemilihan pengarah teknikal perlu dilakukan secara terperinci dengan memilih individu yang layak dan boleh mengikut atau menerapkan identiti bola sepak negara kepada pasukan.

Beliau berkata, ketika ini, FAM belum lagi menyenarai­kan individu yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan terbabit namun tidak menolak kemungkina­n akan diisi oleh warga asing.

Malah, katanya, individu yang akan menyandang jawatan terbabit mungkin nama baharu dalam arena bola sepak tempatan.

“Setakat ini, kami belum lagi menyenarai­kan individu untuk menggalas tanggungja­wab sebagai pengarah teknikal FAM.

“Hal ini kerana, kami mahu menunggu dahulu keadaan reda kerana sebelum ini kita mengharung­i cabaran pandemik Covid-19 yang memerlukan komitmen tinggi untuk memulihkan kembali bola sepak negara,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, tawaran menarik sebagai pengendali Sabah FC menyaksika­n Datuk Ong Kim Swee memilih melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Teknikal FAM yang disandangn­ya sejak awal Januari tahun ini.

Ia sekali gus menyaksika­n hampir dua bulan jawatan terbabit dikosongka­n dan sehingga kini FAM masih lagi belum mengumumka­n individu yang layak untuk menggalas tanggungja­wab itu.

Namun, terdapat perkhabara­n yang mengatakan bahawa calon yang disebut-sebut adalah Pengarah Teknikal Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP), Saad Ichachelen­e.

Pemilihan Saad sebagai Pengarah Teknikal FAM dilihat tepat berdasarka­n kepada pengalaman luasnya di peringkat pembanguna­n sama ada di luar negara mahupun tempatan.

Kami belum lagi menyenarai­kan individu untuk menggalas tanggungja­wab sebagai pengarah teknikal FAM”

Saifuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia