Harian Metro

Impian berkecai

Tze Yong tewas kepada pemain tuan rumah Terbuka Czech

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Impian perseorang­an lelaki negara, Ng Tze Yong untuk muncul juara dan merangkul gelaran kedua tahun ini tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain tuan rumah, Jan Louda 21-16, 16-21, 25-27 di final Terbuka Czech, semalam.

Beraksi dalam tempoh 83 minit, Tze Yong tidak berdepan masalah menguasai set pertama apabila hanya memerlukan 20 minit untuk menjinakka­n lawannya itu.

Dia bagaimanap­un seperti kehilangan rentak di set kedua apabila jauh ditinggalk­an Louda 11-17.

Tze Yong cuba mengejar namun sudah terlambat apabila Louda menang di set kedua 16-21.

Bermula agak perlahan di set penentuan, Tze Yong terlebih dahulu ketinggala­n di awal perlawanan sebelum berjaya menyamakan kedudukan empat sama.

Dalam perlawanan yang penuh mendebarka­n itu, Tze Yong satu ketika berada di kedudukan selesa apabila mendahului lawan lima mata namun Louda tidak mengalah terus mengekori rapat dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan 20-20 dan menang 27-25.

“Saya memang cuba beri

Saya memang cuba beri yang terbaik untuk menang. Beri apa yang boleh, tapi lawan berada di dalam keadaan terbaiknya dan saya terpaksa terima kekalahan ini”

Ng Tze Yong

yang terbaik untuk menang. Beri apa yang boleh, tapi lawan berada di dalam keadaan terbaiknya dan saya terpaksa terima kekalahan ini,” katanya yang menang di Terbuka Poland Mac lalu.

Sementara itu, hasrat pemain muda negara, Siti Nurshuhain­i Azman merangkul gelaran pertamanya tahun ini tidak kesampaian apabila tewas kepada pilihan kelapan dari Indonesia, Putri

Kusuma WWardani.

Langkah cemerlang Nurshuhain­i melakar kejutan sehingga mara ke pentas akhir terhenti selepas beraksi selama 31 minit apabila tewas 16-21, 5-21.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia