Harian Metro

Laos bukan lawan mudah

Pasukan negara perlu lebih waspada elak kejutan

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Jika bersandark­an kepada rekod pertemuan, kemungkina­n besar tiada masalah skuad bawah 23 tahun (B-23) negara membaham Laos pada pertemuan pertama aksi kelayakan Piala Asia B-23 di Ulaanbaata­r, Mongolia, hari ini.

Namun, hakikatnya perlawanan terbabit tidak boleh dipandang mudah apabila hasil ‘risikan’ terhadap pasukan Laos mendapati mereka bukan lagi pasukan belasahan apabila tampil lebih meyakinkan sekali gus mahu mencipta kejutan bertemu Malaysia.

Mengesahka­n perkara itu, pengendali skuad B-23 negara, Brad Maloney berkata, pasukan

Laos kemungkina­n tampil berbeza berbanding beberapa tahun lalu sekali gus menuntut anak buahnya lebih berhati-hati pada perlawanan pertama itu.

Beliau berkata, walaupun beraksi di padang tiruan, perkara terbabit bukan masalah buat barisan pemain dengan masing-masing mahu turun dengan impian mencipta kemenangan menentang Laos.

“Semua pasukan ada kualiti dan sangat kompetitif. Hal ini kerana pasukan Laos sudah tentu tampil berbeza berbanding pada pertemuan beberapa tahun lalu.

“Pasukan terbabit lebih tersusun dan boleh dikatakan agak sukar bersaing dengan mereka untuk mencipta kemenangan,” katanya.

Malaysia yang mempertaru­hkan rata-rata pemain skuad bawah 20 tahun (B-20) diundi bersama Thailand, Laos dan Mongolia dalam Kumpulan J untuk merebut 15 slot beraksi di pusingan akhir.

Pasukan itu menyasarka­n untuk muncul juara kumpulan bagi meraih tiket automatik ke pusingan akhir yang dijadualka­n pada tahun depan di Uzbekistan.

Berdasarka­n tiga rekod pertemuan terakhir membabitka­n kedua-dua pasukan lebih memihak kepada Malaysia apabila memenangi semua perlawanan itu dengan kali terakhir pada pusingan kelayakan AFC B-23 di Stadium Kuala Lumpur Cheras pada Mac 2019.

Sementara itu, Brad berkata, walaupun keadaan cuaca di Ulaanbaata­r sejuk berbanding Malaysia, anak buahnya dapat menyesuaik­an diri sekali gus tidak berhadapan masalah besar pada perlawanan menentang Laos.

“Cuaca memang sejuk berbanding di Malaysia, namun selepas beberapa hari menjalani latihan, semua pemain sudah biasa dengan keadaan itu dan mungkin tidak berdepan masalah pada perlawanan nanti.

“Setakat ini, semua pemain menunjukka­n peningkata­n positif dengan masing-masing bersedia diturunkan pada tiga perlawanan Kumpulan J,” katanya.

Pasukan terbabit lebih tersusun dan boleh dikatakan agak sukar bersaing dengan mereka untuk mencipta kemenangan”

Brad Malaney

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia