Harian Metro

Skuad Jang tak pernah langgar SOP

NSFC nafi berlaku pelanggara­n gelembung sukan dalam pasukan

- Oleh Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Pengurusan pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) menafikan berlaku pelanggara­n gelembung sukan sehingga menyebabka­n seramai 24 pegawai dan pemain pasukan itu disahkan positif Covid-19.

Pengurus Besar NSFC Firdaus Bhari berkata, NSFC sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan sepanjang latihan dan aksi persahabat­an.

“Kami (NSFC) sentiasa memberi penekanan dan mengguna pakai gelembung sukan yang ditetapkan dan daripada siasatan tiada mana-mana pegawai dan pemain yang dikesan melanggar peraturan itu.

“Kami tidak mengetahui bagaimana wabak itu boleh menjangkit­i pasukan ketika segala SOP sentiasa dipatuhi.

“Justeru, kami tidak bercadang melakukan siasatan lanjut,” katanya di sini, semalam.

Terdahulu media melaporkan, cabaran

NSFC dalam Piala Malaysia musim ini terhenti selepas pasukan itu menarik diri daripada saingan berkenaan susulan seramai 24 pegawai dan pemain pasukan disahkan positif wabak pandemik itu pada 18 Oktober lalu. Mereka yang terbabit kini masih dalam kuarantin di rumah selama 10 hari dengan pemantauan oleh pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Firdaus berkata, fokus pihaknya ketika ini adalah untuk memastikan setiap pemain dan pegawai yang dijangkiti itu dapat kembali pulih.

Beliau berkata, baki pegawai dan pemain yang tidak dijangkiti Covid-19 sudah melakukan ujian saringan Transkrips­i Balikan-Tindak balas Berangkai Polimerase (RT-PCR) kali kedua, kelmarin.

“Keputusan dijangka diketahui esok (hari ini). Kita mengharapk­an ia mendapat keputusan yang baik,” katanya.

Kami tidak bercadang melakukan siasatan lanjut Firdaus

 ?? ?? NSFC tarik diri daripada saingan Piala Malaysia selepas 20 pemain dan empat pegawai dijangkiti Covid-19.
NSFC tarik diri daripada saingan Piala Malaysia selepas 20 pemain dan empat pegawai dijangkiti Covid-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia