Harian Metro

Taktik seludup tak jadi!

- Oleh Siti Aminah Mohd Yusof am@hmetro.com.my

Sebuah syarikat pengimport dikompaun RM16,000 kerana menyeludup 20,736 tin produk daging berasaskan babi di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterwort­h Utara, dekat sini Februari lalu.

Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (Maqis) Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, syarikat terbabit didapati baru pertama kali melakukan penyeludup­an seumpama itu dengan mengisytih­arkannya sebagai produk makanan ikan dari China.

Katanya, produk makanan yang ditinkan seberat 7,050.24 kilogram dianggarka­n bernilai RM326,592 itu dirampas kerana diimport tanpa permit menggunaka­n maklumat palsu dan mengeliruk­an.

“Pihak Maqis menjalanka­n prosedur persampela­n dan Jabatan Kimia mengesahka­n produk menggunaka­n label ikan itu adalah produk daging berasaskan babi.

“Ini rampasan terbesar bagi produk hiliran berasaskan babi di negeri ini pada tahun ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penghargaa­n Media dan Sambutan Aidilfitri di sini, semalam.

Muhammad Ikram berkata, aktiviti import produk babi dari China dilarang keras kerana negara itu terjejas teruk dengan penularan wabak demam babi Afrika atau African Swine Flu (ASF) dan dikhuatiri menjejaska­n industri penternaka­n babi dan produk hasilan babi di negara ini.

“Antara produk yang berisiko dalam penularan virus ASF ialah babi hidup selain produk makanan seperti babi salai, sosej babi, babi yang ditinkan atau sebagainya.

“Produk sitaan yang telah dilucut hak itu akan dijangka akan dilupuskan dalam masa terdekat kira-kira dua minggu lagi dengan cara menggunaka­n teknologi insinerato­r,” katanya.

Perbuatan mengimport dengan mengemukak­an maklumat palsu dan tidak tepat adalah kesalahan mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia 2011 yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

 ?? - Gambar NSTP/MIKAIL ONG ?? TIMBALAN Ketua Pengarah Maqis Pulau Pinang, Dr Azhari Sharidan Abu Bakar (tengah) menunjukka­n produk daging berasaskan babi yang dirampas di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterwort­h Utara. Turut hadir Muhammad Ikram (dua dari kiri).
- Gambar NSTP/MIKAIL ONG TIMBALAN Ketua Pengarah Maqis Pulau Pinang, Dr Azhari Sharidan Abu Bakar (tengah) menunjukka­n produk daging berasaskan babi yang dirampas di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterwort­h Utara. Turut hadir Muhammad Ikram (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia