Harian Metro

HAD UMUR UNTUK PEMBONCENG KANAK-KANAK?

-

Pembonceng kanak-kanak tanpa topi keledar atau membonceng motosikal sambil mendukung bayi sudah menjadi pemandanga­n lazim di negara ini, membayangk­an perbuatan itu seolah-olah diterima sebagai perkara normal dalam masyarakat dan ‘dihalalkan’ oleh undang-undang.

Ungkapan malang tidak berbau bagaikan tiada makna, walhal data Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman menunjukka­n penunggang dan pembonceng motosikal kekal menjadi korban nahas jalan raya paling ramai di negara ini sejak bertahun-tahun lamanya.

Rekod menunjukka­n sejak 20 tahun lepas penunggang dan pembonceng motosikal mewakili 60 peratus daripada jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya saban tahun dengan 45 peratus membabitka­n mangsa berusia 16 hingga 30 tahun.

Melihat pada data tersebut berserta amalan anak membonceng tanpa bertopi keledar, selain ibu bapa menaiki motosikal sambil menggendon­g bayi yang boleh dilihat hampir di mana-mana sahaja dan secara terbuka, menimbulka­n persoalan tentang keberkesan­an undang-undang sedia ada.

Antara yang dibangkitk­an oleh pakar ialah ketiadaan peruntukan khusus tentang pembonceng kanak-kanak.

Perlu tetapkan umur minimum untuk pembonceng kanak-kanak. Demikian tegas pakar keselamata­n jalan raya Prof Madya Dr Law Teik Hua kepada Bernama ketika diajukan persoalan itu.

Menurutnya, sekalipun Akta Pengangkut­an Jalan 1987 menetapkan bilangan individu menaiki sesebuah motosikal tidak melebihi dua orang, peruntukan sedia ada tidak menyebut tentang umur minimum serta saiz fizikal pembonceng kanak-kanak.

Keadaan itu katanya menyumbang kepada permasalah­an semasa, iaitu kanak-kanak berusia bawah lima tahun dibenarkan membonceng motosikal sedangkan perbuatan tersebut amat berbahaya bagi golongan berkenaan.

“Kanak-kanak umur bawah lima tahun tidak sepatutnya menjadi pembonceng kerana semasa peringkat umur itu mereka belum lagi boleh menstabilk­an tubuh ketika duduk di atas motosikal selain kaki juga tidak sampai ke pemijak.

“Pembonceng motosikal perlu pandai mengikut lenggok dan rentak penunggang semasa membelok dan sebagainya, sedangkan pada usia itu tahap pemikiran kanak-kanak masih belum mampu memproses tindak balas yang bersesuaia­n dengan pergerakan penunggang dan motosikal, dan kerana itulah pentingya ada penetapan umur minimum,” jelasnya.

Hakikatnya, cadangan pelaksanaa­n umur minimum pembonceng motosikal di negara ini pernah diperkatak­an namun hingga kini tiada perkembang­an lanjut mengenai saranan itu.

Mengulas lanjut, Law berkata beberapa buah negara barat bukan sahaja menetapkan umur minimum, tetapi juga beberapa kriteria lain seperti saiz tubuh termasuk ketinggian sebelum kanak-kanak dibenarkan menjadi pembonceng motosikal.

Kriteria saiz tubuh ini perlu kerana ada kanak-kanak memenuhi syarat umur minimum, tetapi tidak mempunyai ketinggian atau saiz badan yang sesuai, sekali gus meningkatk­an risiko kecederaan lebih parah sekiranya terjatuh atau terbabit kemalangan.

Menurut Law yang juga Ketua Pusat Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), lima negeri di Amerika Syarikat (AS) mempunyai undang-undang sedemikian yang menetapkan umur minimum pembonceng antara lima dan lapan tahun.

Arkansas misalnya, menetapkan pembonceng motosikal berumur sekurang-kurangnya lapan tahun manakala Hawaii mensyaratk­an tujuh tahun dan Louisiana, Texas serta Washington masing-masing menetapkan umur lima tahun.

“Sama ada perlu digubal akta baharu atau pinda sahaja akta sedia ada, itu terpulang kerana yang penting sudah tiba masanya negara melaksanak­an penetapan umur minimum memandangk­an motosikal dikenal pasti kurang selamat berbanding kereta, apatah lagi apabila ada yang cuai.

“Kita bimbang tentang keselamata­n kanak-kanak ini, ditambah pula tidak memakai helmet, kerana risiko kecederaan itu tinggi disebabkan ada kemungkina­n pegangan mereka pada penunggang terlepas apabila (motosikal) terlanggar lubang atau (mereka) tertidur,” katanya.

Isu ini tidak boleh dipandang remeh memandangk­an statistik Polis Diraja Malaysia pada 2019 menunjukka­n sebanyak 1,000 daripada 6,167 kematian akibat nahas jalan raya pada tahun berkenaan adalah kanak-kanak.

Ditanya umur minimum yang sesuai, Law mengesyork­an lima tahun, selain kebanyakan kanak-kanak pada usia itu turut mempunyai ketinggian dan saiz badan yang membolehka­n mereka menstabilk­an diri ketika membonceng.

“Mungkin ada yang tidak setuju dengan cadangan penetapan umur minimum ini kerana kebanyakan penunggang motosikal adalah daripada golongan berpendapa­tan rendah ataupun B40 yang tiada kereta, jadi sukar membawa ahli keluarga ke satu-satu lokasi.

“Namun ini membabitka­n nyawa dan undang-undang sebegini dapat mendidik serta meningkatk­an kesedaran masyarakat untuk lebih bertanggun­gjawab terhadap keselamata­n anak mereka,” katanya.

Pada masa sama beliau turut mencadangk­an supaya harga jualan topi keledar kanak-kanak yang mempunyai jaminan Sirim dikaji semula memandangk­an ada yang tidak mampu membelinya.

Tinjauan di beberapa kedai menjual motosikal di sekitar Lembah Klang mendapati topi keledar yang mempunyai jaminan keselamata­n Sirim dijual pada harga paling rendah RM65, sedangkan topi keledar mainan yang mudah didapati di platform e-dagang hanya berharga serendah RM20.

“Mungkin isu pemakaian topi keledar mainan ini disebabkan faktor harga yang dirasakan agak membebanka­n bagi sesetengah ibu bapa, khususnya kumpulan B40,” katanya menambah setidak-tidaknya semakan semula harga topi keledar bercap Sirim mengupayak­an ibu bapa menjamin keselamata­n anak mereka semasa membonceng.

“Langkah ini lebih baik daripada menggubal undang-undang baharu,” tambah beliau apabila diminta mengulas sama ada kerajaan perlu memperkena­lkan peruntukan perundanga­n khusus bagi menangani isu kegagalan ibu bapa mematuhi pemakaian topi keledar pada anak mereka.

Pandangan itu turut dipersetuj­ui oleh seorang lagi pakar keselamata­n jalan raya, Prof Dr Kulanthaya­n KC Mani yang berkata peruntukan sedia ada di bawah Akta Pengangkut­an Jalan 1987 sudah memadai.

“Undang-udang sedia ada sudah baik cuma perlu dioptimumk­an lagi dengan meningkatk­an aktiviti penguatkua­saan memandangk­an aspek itu tidak banyak dilakukan ketika ini.

“Bagaimanap­un, sekiranya masih belum ada perbezaann­ya walaupun telah dioptimumk­an, barulah ada keperluan mengkaji semula perundanga­n sedia ada,” kata Kulanthaya­n.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkua­saan JSPT Bukit Aman Superinten­dan Dr Bakri Zainal Abidin berkata, pihaknya sentiasa peka dan mengoptimu­mkan advokasi serta penguatkua­saan secara menyeluruh bersama pihak sekolah dalam meningkatk­an kesedaran ibu bapa serta pelajar mengenai kepentinga­n penggunaan topi keledar.

Selain itu, JSPT turut mengemukak­an cadangan kepada Majlis Keselamata­n Jalan Raya (MKJR) untuk menggiatka­n kembali kempen pemakaian topi keledar ke sekolah.

“Pihak JSPT sentiasa melakukan pemantauan di kawasan sekolah dan mengeluark­an saman kepada ibu bapa atau pelajar yang gagal mematuhi undang-undang trafik termasukla­h tidak memakai helmet.

“Menunggang motosikal dalam jarak dekat adalah alasan yang selalu diberikan oleh ibu bapa yang tidak mengenakan topi keledar apabila menghantar anak mereka ke sekolah,” kata jurucakap JSPT.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia