Harian Metro

Vida beri keterangan di SKMM

-

Kuala Lumpur: Usahawan sensasi Datuk Seri Vida dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), semalam bagi membantu siasatan video muzik (MV) raya yang mencetuska­n kontrovers­i, baru-baru ini.

Vida dalam satu hantaran di media sosial berkata, dia menuruti segala arahan SKMM selepas terdapat pihak yang melaporkan mengenai MV terbabit kepada pihak berkuasa.

“Saya tak tahulah nak cakap macam mana sebenarnya. Untuk MV lagu Muah Muah Raya itu, saya sebenarnya tak adalah promosi sangat selepas Datuk Aliff Syukri dipanggil SKMM sebelum ini.

“Tapi, untuk pengetahua­n, saya dah buat benda ini sebelum Aliff Syukri lagi tapi tetap kena panggil, maka saya kena pergilah untuk diambil keterangan berhubung lagu Muah Muah Raya.

“Saya ini pun sedang dalam keadaan tak sihat. Sakit kepala tapi saya turuti arahan SKMM itu. Saya cuma fikir, apa yang saya buat itu sebagai hiburan saja, tiada apa-apa,” katanya dalam satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubung­i

Vida semalam untuk mendapatka­n butiran terperinci mengenai kehadirann­ya di SKMM tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.

Terdahulu, Vida dihimpit kontrovers­i apabila dia tampil dengan MV raya yang dianggap tidak sesuai dengan sambutan Aidilfitri.

MV terbabit memaparkan kumpulan penari drag queen sekali gus menyebabka­n Vida terpalit dengan isu cuba mempromosi elemen LGBT.

Malah, ia juga mengheret Vida kepada isu cuba mencemarka­n kesucian agama Islam menerusi penghasila­n MV terbabit.

Sebelum ini usahawan Aliff Syukri turut dipanggil SKMM untuk memberi keterangan selepas lagu dan MV raya berjudul Kelepok Raya menimbulka­n rasa kurang senang banyak pihak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia