Harian Metro

SAUDAGAR NANGKA BIKIN DUIT DI SINGAPURA!

Buah jenis J33, Mastura dulu dihantar lima tan kini meningkat kepada 15 tan

- Oleh Mohd Rafi Mamat am@metro.com.my

Permintaan menggalakk­an penduduk Singapura terhadap buah nangka muda (Artocarpus heterophyl­lus) mendorong seorang pekebun mengekspor­t hasil pertanian berkenaan setiap bulan ke negara jiran itu. Dengan keluasan lebih 24 hektar ladang nangka jenis J33 dan Mastura terletak di kawasan projek Tanaman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) Kota Perdana, dekat sini, dia kini mempunyai lebih 2,500 pokok nangka matang yang sentiasa mengeluark­an hasil sepanjang tahun.

Bermula hanya kira-kira lima tan sebulan dihantar ke Singapura namun kini jumlahnya bertambah kepada 12 hingga 15 tan sebulan. Hanya buah bersaiz sederhana antara dua hingga tiga kilogram (kg) sahaja mendapat permintaan.

Menurut Mohd Derus Abdul Latif, 62, dia tidak pernah menduga percubaan memasarkan buah nangka muda segar lima tahun lalu melalui seorang pemborong tempatan di Johor berjaya hingga ke hari ini.

Katanya, di peringkat awal dia sendiri tidak begitu yakin buah berkenaan boleh diterima oleh rakyat negara jiran itu yang terdiri daripada pelbagai kaum dan taraf hidup mereka lebih tinggi.

Bagaimanap­un, menurutnya sangkaanny­a meleset apabila sejak bulan ketiga penghantar­an, pemborong meminta jumlah buah ditambah bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

“Nangka muda digunakan untuk membuat pelbagai jenis sayur seperti masak lemak cili api, gulai, rendang, kerabu dan kari oleh masyarakat Melayu, India dan Cina. Ia juga dimakan dengan sambal selepas di rebus beberapa minit.

“Saya difahamkan, rakyat Singapura kini pentingkan kesihatan, mereka lebih suka makan sayur kampung berbanding sayur moden yang banyak terdapat di pasaran kerana sayur moden dikatakan mengandung­i racun walaupun kandungann­ya dikawal.

“Faktor berkenaan menyebabka­n buah nangka muda kini mendapat sambutan, menggalakk­an” katanya yang berpengala­man lebih 20 tahun mengusahak­an

tanaman nangka.

Beliau berkata, pada 2018, dia menghantar sebanyak 120 tan nangka muda ke Singapura, bertambah kepada 150 tan pada 2019, diikuti 180 tan (2020), 160 tan (2021) dan dalam tempoh empat bulan tahun ini sebanyak 50 tan sudah dihantar.

Tambahnya, proses mengumpul buah dilakukan sehari sebelum proses penghantar­an menggunaka­n lori dilakukan, selain bagi melancarka­n aktiviti memindahka­n buah dari ladang ia turut bertujuan mengeringk­an getah pada buah.

Mohd Derus menambah, hanya buah muda dengan berat antara dua hingga tiga kilogram sahaja mendapat permintaan, buah yang berkualiti serta menarik dari segi bentuk sahaja menjadi pilihan.

Katanya, dia juga akan pastikan buah berada dalam keadaan bersih, tidak cacat bentuk dan berwarna hijau kerana penduduk Singapura sentiasa mementingk­an kualiti walaupun buah nangka muda dipotong kecil oleh peniaga di negara berkenaan untuk kemudahan pengguna.

Mohd Derus berkata, setiap minggu pada Selasa, Khamis dan Sabtu penghantar­an nangka muda ke pusat pengumpula­n pemborong di Johor dilakukan sebelum buah berkenaan dibawa masuk ke negara jiran itu menggunaka­n lori bersama pelbagai hasil pertanian lain.

Katanya, 95 peratus buah nangka muda yang dihantar ke Singapura adalah keluaran ladangnya di TKPM Kota Perdana selebihnya TKPM Salong di sini yang diusahakan lebih 10 tahun lalu dan sekiranya tidak cukup terpaksa dibeli daripada pekebun lain.

“Penggunaan sejenis inovasi bahan penggalak buah nangka (Ids Booster) yang dihasilkan sendiri memberi kelebihan kepada saya bagi memenuhi permintaan tinggi daripada pemborong untuk dihantar ke Singapura selain pasaran tempatan.

“Pengeluara­n nangka madu jenis J33 dan Mastura bertambah tiga kali ganda berbanding sebelum ini selepas menggunaka­n inovasi berkenaan, buah keluar pada bahagian batang dan dahan antara 50 hingga 100 biji selepas disembur dengan produk berkenaan.

“Saya mengeluark­an kira-kira 20 hingga 25 tan buah nangka muda sebulan untuk pasaran dalam dan luar negara. Saya juga memasarkan nangka masak bagi memenuhi permintaan peniaga serta pengguna,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Muhd Rizal Baharom berkata, pihaknya memuji usaha yang dilakukan pekebun berkenaan dalam memasarkan hasil pertanian ke Singapura sejak lima tahun lalu.

“Pengalaman luas sebagai penolong pegawai pertanian menjadi kelebihan kepada Mohd Derus untuk berjaya dalam sektor pertanian terutama membabitka­n tanamannan­gkamadu dan beberapa tanaman lain,” katanya.

“Saya juga memasarkan nangka masak bagi memenuhi permintaan Mohd Derus

 ?? ?? BUAH nangka dituai untuk dieksport ke Singapura dan untuk pasaran tempatan.
BUAH nangka dituai untuk dieksport ke Singapura dan untuk pasaran tempatan.
 ?? ??
 ?? ?? MOHD Derus di ladang nangka miliknya di TKPM Kota Perdana.
MOHD Derus di ladang nangka miliknya di TKPM Kota Perdana.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia