Harian Metro

BERSALAMAN, BERSENTUHA­N

Punca jangkitan Covid-19 meningkat selepas raya

- Oleh Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Bersalaman dan bersentuha­n dikesan menjadi punca kes jangkitan Covid-19 meningkat selepas sambutan Aidilfitri, awal bulan lalu.

Pengarah Eksekutif Divisyen Kesihatan Medicom, Dr Mohd Syafiq Wahab berkata, golongan lebih berisiko adalah mereka yang belum pernah atau yang sudah lama dijangkiti virus itu.

Katanya, peningkata­n itu dijangka sebelum ini namun bukan lonjakan mengejut yang boleh menimbulka­n situasi gusar dalam kalangan rakyat.

“Saya tidak jangka akan ada pengenalan prosedur operasi standard (SOP) baharu kerana yang paling penting penjagaan kebersihan seperti sanitasi tangan.

“Kebelakang­an ini di mana-mana, kita lihat ia semakin kurang diamalkan, tapi kalau di sekolah memang wajib. Dalam kalangan kita pun ada yang sudah tidak bawa pembasmi kuman,” katanya.

Menurutnya, ia mungkin disebabkan mereka yang merasakan diri sudah memiliki imun selepas dijangkiti atau mahu membiasaka­n diri dengan fasa peralihan endemik.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjangka kes positif Covid-19 selepas sambutan Aidilfitri meningkat, tetapi kebanyakan kategori 1 dan 2 iaitu tiada gejala dan gejala ringan.

Beliau berkata, pihaknya melihat trend kes Covid-19 untuk tempoh dua bulan lalu mendapati 99.5 peratus kes kategori 1 dan 2, malah kemasukan kes positif ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU) serta penggunaan bantuan alat pernafasan semakin berkuranga­n dengan kes kematian juga berkuranga­n.

Katanya, lebihan kematian pada 2020 dan enam bulan pertama 2021 rendah jika dibandingk­an sebelum pandemik dan mendapati lonjakan lebihan kematian pada Julai dan Ogos tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia