Harian Metro

Kontraktor maut tercampak ke parit

-

Kota Kinabalu: Seorang kontraktor maut manakala empat cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitka­n tiga kenderaan di Jalan Lintas berhampira­n stesen minyak di Taman Iramanis di sini, awal pagi semalam.

Kemalangan jam 1 pagi membabitka­n kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux, Toyota Aristo dan BMW 530E.

Pemandu Toyota Hilux, Wilson Kong, 26, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Toyota Aristo lelaki berusia 30 tahun parah dan penumpangn­ya lelaki berusia 23 tahun cedera.

Pemandu dan penumpang BMW 530E berusia 26 dan 25 tahun turut cedera.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superinten­dan George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati pemandu dan penumpang kereta BMW 530E dan Toyota Aristo dari Inanam menuju ke rumah masing-masing di Likas dan Penampang melalui Jalan Lintas.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, ketika BMW 530E mengiringi belakang Toyota

Aristo di lorong kanan, tiba-tiba kenderaan Toyota Hilux dipandu mangsa keluar daripada simpang laluan bertentang­an secara mengejut menyebabka­n Toyota Aristo tidak sempat mengelak daripada terlanggar Toyota Hilux menyebabka­n Toyota Aristo terbabas.

“Manakala BMW 530E tidak sempat mengelak dan terlanggar bahagian belakang Toyota Hilux menyebabka­n kenderaan pacuan empat roda itu berpusing dan pemandu tercampak ke parit kecil di pembahagi jalan,” katanya.

George berkata, selepas kemalangan itu, Toyota Aristo terbakar dan pemandu BMW 530E segera menarik keluar pemandu dan penumpang Toyota Aristo yang tersepit.

“Dia turut membantu memadam api dengan dibantu pekerja stesen minyak yang datang ke lokasi kemalangan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu Toyota Hilux disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).

“Manakala pemandu dan penumpang kedua-dua kereta yang cedera dihantar ke HQE II,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat lanjut berkaitan kemalangan terbabit diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

 ?? ?? KEADAAN di lokasi nahas membabitka­n tiga kenderaan di Jalan Lintas dekat stesen minyak di Taman Iramanis.
WILSON meninggal dunia di tempat kejadian.
KEADAAN di lokasi nahas membabitka­n tiga kenderaan di Jalan Lintas dekat stesen minyak di Taman Iramanis. WILSON meninggal dunia di tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia