Harian Metro

CABARAN GURU SEKOLAH BANDAR

Pendidik perlu lengkapkan diri dengan pengetahua­n teknologi semasa untuk tarik minat pelajar

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Jika berbicara mengenai cabaran seorang pendidik, guru bertugas di luar bandar sentiasa menjadi perhatian berbanding guru di bandar.

Namun, hakikatnya guru di bandar ada cabaran yang tersendiri dan andai seseorang guru itu tidak punya ‘roh’ guru yang kuat, ia boleh kecundang.

Muhammad Sany Kasmori, 41, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 18 Shah Alam, Selangor berkata, cabaran guru di bandar dan luar bandar berbeza mengikut situasi sekolah.

Menurutnya, sebagai guru di bandar cabaran utama mereka adalah dari sudut profesiona­l guru itu sendiri.

“Menjadi pendidik di sekolah bandar ini, guru perlu ‘terkini’ kerana dalam keadaan negara yang menuju ke arah pembanguna­n teknologi yang pesat dan cepat, pelajar juga lebih pantas.

“Jadi, guru perlu lebih ke hadapan daripada pelajar supaya kita dapat tarik minat mereka.

“Selain itu, guru juga perlu ada ‘roh’ guru yang kuat kerana jika ia hilang tidak mustahil mereka boleh terkandas dalam memikul tanggungja­wab dan berhenti menjadi pendidik anak bangsa,” katanya.

Di bandar, kini, kebanyakan ibu bapa beranggapa­n keputusan akademik anak ada fokus utama, tetapi hakikatnya selain mencapai keputusan baik, keperibadi­an pelajar itu yang perlu digilap dulu dan itu cabaran guru-guru sekarang.

Kata Muhammad Sany, dalam keadaan pelajar yang terdedah dengan gajet, mereka memasuki dunia tanpa sempadan dan mudah mendapat pelbagai maklumat yang tidak diketahui kebenarann­ya.

“Selama dua tahun pelajar mengikuti pengajaran dan pembelajar­an di rumah (PdPR) secara dalam talian dan kali ini baru bersemuka. Jadi, kami sebagai guru perlu memainkan lebih peranan lagi.

“Sebagai guru kami kini lebih kepada membangunk­an kembali pelajar supaya mereka tidak lupa asal usul atau pembentuka­n jati diri kerana disebabkan terlalu terdedah dengan dunia internet tanpa sempadan ini pelajar menjadi lain. Itulah juga hakikat berlaku di bandar,” katanya.

‘ Dalam mendidik pelajar pada masa kini, kami harap sokongan ibu bapa, masyarakat untuk memastikan kemenjadia­n pelajar ini terus berkesan dan berhasil” Muhammad Sany

‘ Tanpa sedar, cabaran lain lebih perlu diatasi guru adalah bagaimana menerapkan nilai sebenarnya. Penerapan nilai itu maksudnya menghormat­i guru, adab di dalam kelas dan sebagainya”

“Disebabkan itu, saya berasakan tema sambutan Hari Guru pada tahun ini iaitu Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA amat bertepatan kerana tunjang itu asasnya,” tambahnya.

Muhammad Sany yang juga warden asrama berkata, peranan guru bandar juga lebih mencabar kerana apa saja yang dibuat akan diperhatik­an. Justeru, Muhammad Sany berharap masyarakat sama-sama bekerjasam­a dengan guru kerana kami tidak boleh bergerak seorang.

“Dalam mendidik pelajar pada masa kini, kami harap sokongan ibu bapa, masyarakat untuk memastikan kemenjadia­n pelajar ini terus berkesan dan berhasil.

“Sebab kita risau, mereka pemimpin masa hadapan, tapi dalam masa sama ada satu entiti saja dipertangg­ungjawabka­n iaitu guru untuk memfokuska­n kemenjadia­n pelajar sedangkan kita tahu perkara itu juga bermula dari rumah,” katanya.

Sementara itu, Nor Jilawati Mohd Amin, guru di SMK Setia Alam, Selangor berkata, aspek penerapan nilai sebenar dalam kalangan pelajar antara cabaran guru di bandar.

Menurutnya yang juga guru subjek Pendidikan Moral, dengan penggunaan teknologi berleluasa dalam pembelajar­an ada kala kita lupa pentingnya penerapan nilai sebenar dan itu cabaran paling ketara dihadapi sendiri olehnya.

“Kebanyakan guru mengajar menggunaka­n teknologi dan mengajar untuk silibus semata. Cabarannya di sini guru perlu berusaha menarik minat pelajar untuk mengikuti kelas.

“Tetapi tanpa sedar, cabaran lain lebih perlu diatasi guru adalah bagaimana menerapkan nilai sebenarnya. Penerapan nilai itu maksudnya menghormat­i guru, adab di dalam kelas dan sebagainya,” katanya.

Justeru, untuk menerapkan nilai-nilai itu, Nor Jilawati berkata, memperkuku­hkan ikatan antara guru dan pelajar dengan menjadikan anak didiknya sebagai rakan sebaya.

“Semasa mengajar, saya akan beri contoh huraian yang dekat dengan selain isu semasa yang baru yang menjadi ikutan pelajar.

“Dengan cara itu, mereka sentiasa kagum kerana saya mengikuti perkembang­an semasa dunia remaja mereka,” katanya.

Bersesuaia­n dengan penggunaan teknologi meluas dalam kehidupan pelajar, Nor Jilawati banyak menggunaka­n material pengajaran menarik dan wujudkan saluran Youtube yang boleh dijadikan rujukan buat anak didiknya.

Nor Jilawati berkata, konsep Sekolahku Sejahtera yang diperkenal­kan oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia juga konsep yang bagus terutama kerana kita dapat lihat bagaimana ia menerapkan nilai di dalam dan luar kemenghabi­skan las secara tidak langsung.

“Ia bukan penambahan dalam subjek atau sisipan tetapi konsep ini bagaimana guru itu berperanan untuk mewujudkan dan menerapkan nilai 14 elemen kepada pelajar.

“Konsep itu antara pendekatan­bagus kalau diteruskan supaya penerapan nilai keseluruha­nnya jadi lebih baik lagi,” katanya.

Turut menggalas jawatan sebagai Exco Media Guru Pewaris Negara (GPN) Selangor, Nor Jilawati menyeru guru muda menyertai GPN kerana program itu memberi penekanan bukan saja di sekolah tetapi menggalakk­an guru terbabit dengan aktiviti kebajikan, sukan di luar sekolah dan penyertaan itu adalah peringkat kebangsaan.

“Menerusi Program GPN di bawah Kementeria­n Pendidikan ini juga, guru boleh berkenalan, menimba ilmu dan berkongsi pengalaman serta cara terbaik menguruska­n pelajar yang semakin bijak,” katanya.

Nor Jilawati

 ?? ?? PENDIDIK di sekolah bandar perlu lebih ke hadapan seiring pembanguna­n teknologi yang pesat membangun.
PENDIDIK di sekolah bandar perlu lebih ke hadapan seiring pembanguna­n teknologi yang pesat membangun.
 ?? ?? IKATAN erat antara guru dan pelajar penting untuk menerapkan nilai murni di sekolah.
IKATAN erat antara guru dan pelajar penting untuk menerapkan nilai murni di sekolah.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia