Harian Metro

Ada kuasa ajaib? Pakar beri pendapat

-

Kuala Lumpur: Penjualan batuan ‘sakti’ dan batu permata palsu sintetik yang kononnya memiliki pelbagai khasiat merawat penyakit adalah antara bentuk penipuan paling kerap dilaporkan berlaku.

Walaupun kepercayaa­n terhadap objek mistik kian terhakis namun masih ramai individu termasuk golongan orang kenamaan (VIP) mudah diperdaya melalui pelbagai helah penipuan membabitka­n batuan berharga lain termasuk intan, nilam atau zamrud.

Pakar batuan yang juga Ketua Gemologi, Global Gemologica­l Laboratory, Nicole Yap Mee Gin (gambar) berkata, berdasarka­n maklumat diperoleh, masih ada mangsa terpedaya dengan helah ‘penjual’ yang mendakwa batu permata atau batuan pelik ditawarkan memiliki keistimewa­an luar biasa.

Menurutnya, ramai mangsa menanggung kerugian mencecah puluhan juta ringgit setiap tahun selepas diperdaya sindiket batu permata palsu dan pelbagai batu berharga lain.

“Lazimnya, penjualan batu pertama palsu itu disertakan dengan sijil pengesahan makmal palsu bagi mengaburi pembeli. Malangnya pembeli hanya menyedari penipuan itu apabila mereka memeriksa ketulenann­ya di makmal lain selepas sekian lama membuat pembelian.

“Menurut rekod dipaparkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman pada 8 April lalu, sejumlah 47 kes penipuan membabitka­n barangan kemas bernilai RM239,530 dicatat pada 3 bulan pertama.

Ia termasukla­h penipuan jualan secara dalam talian.

“Bagaimanap­un, kami percaya jumlah nilai penipuan dalam urusan jual beli batu permata palsu di Malaysia jauh lebih tinggi.

“Ini termasukla­h penjualan batu permata atau berlian dengan kualiti jauh lebih rendah berbanding apa dijanjikan.

“Sebagai contoh, ada batu delima dirawat dengan kaedah pemanasan disijilkan tanpa menjalani rawatan. Manakala zamrud yang kononnya berminyak disijilkan tanpa wujud minyak dalam batu berkenaan. Kedua-dua contoh penipuan ini membabitka­n perbezaan harga yang amat besar,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Nicole, salah faham terhadap batu permata oleh orang awam dan kepercayaa­n melulu kuasa batu tertentu mendorong kewujudan aktiviti penipuan ini.

Walaupun tugas pihaknya menganalis­is batu permata daripada segi sains namun orang ramai dinasihati tidak terlalu taksub hingga wujudnya kepercayaa­n melampau terhadap kuasa batu permata atau kristal.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia