Harian Metro

BERKEMBANG DI LUAR JANGKA

Permintaan domestik, sektor swasta diyakini sebagai pemacu utama pertumbuha­n ekonomi

-

Penganalis­is dan ahli ekonomi terus yakin dengan prospek ekonomi Malaysia, menunjukka­n bahawa permintaan domestik dan sektor swasta menjadi pemacu utama pertumbuha­n ekonomi pada masa depan.

Ini berikutan pemulihan data pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2022 kepada lima peratus berbanding penguncupa­n 0.5 peratus pada suku pertama 2021 yang dilihat sebagai petunjuk optimis terhadap pertumbuha­n ekonomi negara.

Pengarah Eksekutif Socio Economic Research Centre Malaysia (SERC) Lee Heng Guie berkata, ekonomi Malaysia berkembang di luar jangkaan oleh beberapa penganalis­is ekonomi disokong permintaan yang pulih dan pasaran buruh lebih kukuh.

“Ini angka baik. Pertumbuha­n itu juga lebih baik daripada unjuran saya antara 4.6 peratus dan 4.8 peratus untuk suku tahun itu,” katanya.

Beliau berkata, ekonomi Malaysia sedang menyesuaik­an dengan keadaan ekonomi semasa dan suku kedua dipercayai lebih baik dengan angka hampir kepada enam peratus.

“Bagaimanap­un, saya berhati-hati pada separuh kedua 2022 berikutan faktor seperti perang berterusan, kos perniagaan meningkat, inflasi tinggi, sekatan pergerakan ketat di China untuk membendung penularan Covid-19 serta gangguan rantaian bekalan berpanjang­an,” katanya.

Lee berkata, asas masih utuh, tetapi cabaran global mengehadka­n prestasi pertumbuha­n secara keseluruha­n.

“Bagaimanap­un, permintaan domestik masih memacu pertumbuha­n pada suku tahun akan datang dan seterusnya,” katanya.

Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pembukaan semula ekonomi memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada ekonomi domestik berikutan isi rumah dan perusahaan lebih bebas dalam membuat urus niaga yang dapat meningkatk­an KDNK.

“Dari pandangan kami, unjuran pertumbuha­n KDNK antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus bagi 2022 adalah dalam jangkauan,” katanya. Secara keseluruha­nnya, beliau berkata, KDNK suku pertama 2022 mencatatka­n lebih tinggi daripada jangkaan dan sumber utama pertumbuha­n adalah permintaan domestik iaitu penggunaan dan pelaburan.

Mohd Afzanizam berkata, pertumbuha­n lebih tinggi iaitu lima peratus menjelaska­n

sebab kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas baru-baru ini oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Mengenai masa depan, katanya beliau mengunjurk­an OPR meningkat lagi berikutan pemulihan menjadi lebih mampan.

Sementara itu, Ahli Ekonomi Penyelidik­an dan Strategi Perbendaha­raan OCBC Wellian Wiranto berkata, data KDNK kukuh sejajar pendirian yang baru diterima pakai oleh BNM pada minggu ini.

“Ia tidak mengubah pemikiran kami bahawa ia masih boleh memilih untuk reda seketika pada mesyuarat Julai dan hanya naik semula pada September berdasarka­n ikrarnya untuk mengetatka­n dasar secara berhati-hati dan berperingk­at,” katanya.

Secara keseluruha­n, katanya permintaan domestik meningkat, dengan petunjuk bahawa pasaran buruh dan upah mencatatka­n pemulihan, ternyata menyumbang kepada keputusan kenaikan kadar oleh BNM, terutama terhadap jangkaan bahawa inflasi teras asas dijangka meningkat kepada julat dua peratus hingga tiga peratus.

Pada pengumuman prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2022, Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus menekankan kepentinga­n menentukur semula dasar monetari untuk mengelak keperluan mengambil pendekatan agresif dalam menaikkan kadar faedah.

Unjuran pertumbuha­n KDNK antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus bagi 2022 adalah dalam jangkauan

 ?? ?? PERTUMBUHA­N lebih tinggi iaitu lima peratus menjelaska­n sebab kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas oleh BNM.
PERTUMBUHA­N lebih tinggi iaitu lima peratus menjelaska­n sebab kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas oleh BNM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia