Harian Metro

RESIPI ANTARA CEF PALING BERPENGARU­H

Anis bawa air tangan Malaysia ke persada antarabang­sa

-

Kesibukan ibunya bekerja namun masih punya masa menyediaka­n juadah enak untuk keluarga membenihka­n azam kepada cef selebriti, Anis Nabilah untuk membawa masakan Malaysia ke tahap lebih tinggi.

Anis atau nama penuhnya Anis Nabilah Umaruddin, 36, berkata setiap kali ibunya Sharifah Bibi, 67, pulang daripada bekerja, ibunya akan memanggil dia dan adik-beradik perempuan yang lain untuk membantu menyediaka­n masakan di dapur.

“Kami semua ada tugas masing-masing, memotong bawang, sayur, untuk membantu ibu menyediaka­n makanan untuk kami lapan beradik, dari situ timbul minat memasak sejak saya kecil lagi,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Festival Membaca Kanak-Kanak Sharjah ke-13 di sini.

Anis mula memasak sendiri ketika berusia 10 tahun dan kini telah 14 tahun berkecimpu­ng dalam dunia kulinari, membolehka­n gadis kecil molek ini menjelajah dunia membawa resipi masakan Malaysia ke mata dunia.

Beliau juga satu-satunya cef selebriti Malaysia yang muncul dalam program travelog My Taste of Hong Kong (TLC Asia) dan Eating Wild (Asian Food Channel).

Pernah popular dengan program masakan Icip-Icip, Anis yang dinobatkan Asean’s Most Influentia­l Chef pada Asean Food & Travel Awards 2020 baru-baru ini berkata selain memperkena­lkan masakan Malaysia ke peringkat antarabang­sa, dia juga mahu membawa mesej, makanan boleh menyatukan semua.

“Malaysia ini bukan hanya kaya dengan makanan lazat, tetapi juga menjadi budaya suka menjamu tetamu untuk makan, jika orang luar datang ke negara kita, antara perkara pertama kita tanya ialah: ‘Dah makan makanan Malaysia?’...kita sangat suka jika tetamu rasa masakan kita,” katanya yang telah ke Itali, Australia, Dubai, Hong Kong, Singapura dan Indonesia untuk memenuhi undangan masakan.

Berkongsi pengalaman­nya memenuhi undangan showcase masakan di seluruh dunia, Anis berkata beliau pernah menyediaka­n roti jala kuah durian dan rendang nangka muda kepada penonton asing.

Katanya setiap kali berada di sesebuah negara, beliau akan memasak resipi Malaysia namun menyesuaik­annya dengan bahan-bahan masakan yang terkenal di negara itu.

Lulusan Diploma Kulinari dari Institute Food of Malaysia itu berkongsi tip memperting­katkan ilmu masakan iaitu dengan banyak bertanya daripada peniaga makanan dan bahan mentah bagi memastikan setiap bahan yang dimasak menghasilk­an rasa yang sempurna.

“Saya tak malu masuk ke dapur kedai makan dan ke pasar ikan untuk bertanya kepada mereka yang berpengala­man untuk belajar lebih dalam mengenai sesuatu masakan atau bahan, ya kita boleh belajar ilmu masakan daripada Youtube dan cari resipi dalam Internet tetapi tidak sama dengan kita belajar sendiri daripada orang yang lebih pakar,” katanya.

Resipi ringkas dan berkhasiat Anis kini terkandung dalam buku masakan Comfort Food For Thermomix by Chef Anis yang sudah menjengah pasaran.

Bercita-cita membuka sebuah restoran di bawah jenamanya sendiri, Anis berkata impian itu bakal tertunai apabila dia benar-benar bersedia kerana ingin memastikan dirinya punya masa sepenuhnya untuk mengurus restoran.

“Ia seperti kita melahirkan anak, kita kena jaga sepenuh masa, dan saya berharap suatu ketika yang sesuai, saya akan dapat melaksanak­annya,” katanya.

“Saya tak malu masuk ke dapur kedai makan dan ke pasar ikan Anis

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia