Harian Metro

Tak sangka tarian joget dapat perhatian

-

Sungai Siput: Koreografi tarian yang tersusun diiringi lagu Aidilfitri berentak joget tradisiona­l hasil kerjasama guru, pelajar dan jurutari di bawah panitia Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMP) di sini, nyata menghiburk­an apabila potongan klip video persembaha­n mereka itu mendapat perhatian ramai.

Video itu mula tular di laman sosial selepas dimuat naik oleh jurulatih tari SSeMP, Muhammad Syaffiq Hambali, 33, di saluran Youtube miliknya dan mendapat pujian ramai kerana menunjukka­n bakat guru serta pelajar yang menamakan kumpulan mereka sebagai S.O.P Band.

Lebih menarik, ia membabitka­n penyertaan pelajar berbilang bangsa, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai penampilan khas.

Bercerita lanjut, Muhammad Syaffiq yang juga jurukamera dan penyunting video berkata, 40 murid serta pelajar tingkatan dua hingga lima terbabit dalam projek video tarian joget berkenaan.

“Video itu dirakam pada minggu Ramadan lalu, khusus untuk projek sempena Aidilfitri.

“Persediaan latihan mengambil masa selama sehari saja, manakala empat hari untuk penggambar­an video.

“Selain saya, projek ini membabitka­n tiga guru lain sebagai koreografe­r iaitu Al Jabar Laura, Arif Nazri Samsudin, Raja Norbaizura Raja Abdullah dan Siti Noorliyant­i Ramli.

“Manakala, lagu bertajuk Dah Boleh Raya adalah ciptaan bersama dua lagi guru iaitu Alif Azman dan Edie Nazrin dengan liriknya turut mengingatk­an pendengar untuk tidak menjadi pembawa Covid-19,” katanya.

Menurut Muhammad Syaffiq, dia tidak menyangka video berkenaan akan tular di laman sosial kerana ia projek lagu dan tarian sulung sempena Aidilfitri.

“Kami jayakan projek ini suka-suka saja untuk ketengahka­n tarian tradisiona­l dan promosikan sekolah.

“Alhamdulil­lah, video diterima baik dan saya mewakili warga SSeMP mengucapka­n terima kasih kepada semua yang menonton serta kongsikann­ya (video) hingga tular,” katanya.

 ?? ?? TARIAN diiringi lagu Aidilfitri membabitka­n penyertaan pelajar berbilang bangsa.
TARIAN diiringi lagu Aidilfitri membabitka­n penyertaan pelajar berbilang bangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia