Harian Metro

KUASAI KAEDAH & USUL FIQAH SEBELUM BERDALIL

Rasulullah turut mengajar sahabatnya kaedah dan usul yang dapat mereka rujuk apabila berlaku masalah baharu

-

Memahami usul dan kaedah fiqah adalah perkara yang sangat penting bagi ilmuwan. Usul dan kaedah fiqah ini hakikatnya diajarkan sendiri oleh Nabi SAW kepada sahabatnya. Secara umum, Baginda SAW mengajarka­n mereka supaya merujuk kepada dua sumber hukum yang utama, iaitu al-Quran dan sunah. Diriwayatk­an, Rasulullah SAW bersabda: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu sekalian tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah dan sunah Rasul-Nya.” Riwayat Malik dalam al-Muwatta’

Bagaimanap­un, baginda SAW mengetahui bahawa masa akan silih berganti dan kehidupan umat manusia akan berkembang serta pelbagai masalah yang tiada pada zamannya akan timbul pada masa hadapan. Justeru, Baginda mempersiap­kan sahabatnya untuk mengambil alih tugas membimbing umat manusia sekiranya Baginda wafat.

Baginda turut mengajarka­n sahabatnya kaedah dan usul yang dapat mereka rujuk apabila berlaku masalah baharu. Melaluinya, mereka mampu memutuskan hukum yang bertepatan bagi masalah berkenaan.

Antara dalilnya, ketika Rasulullah SAW hendak mengutuska­n Muaz bin Jabal RA ke Yaman, baginda SAW bertanya kepada beliau: “Bagaimana kamu mahu berhukum jika dihadapkan kepadamu suatu masalah?” Jawabnya: “Aku akan berhukum dengan kitab Allah.” Baginda bertanya: “Jika kamu tidak dapati di dalam kitab Allah?” Jawabnya: “Maka, dengan sunah Rasulullah.” Baginda bertanya: “Jika kamu tidak dapati di dalam sunah Rasulullah mahupun di dalam kitab Allah?” Jawabnya: “Aku akan berijtihad dengan pandangank­u dan tidak akan biarkan sahaja.” Lalu Rasulullah SAW pun menepuk dadanya seraya bersabda: “Alhamdulil­lah yang telah memberikan taufik kepada utusan Rasulullah terhadap perkara yang melahirkan rasa reda Rasulullah.” Riwayat Abu Dawud, at-Tirmizi dan al-Darimi. Hadis hasan

Ini menunjukka­n bahawa

‘ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu sekalian tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah dan sunah Rasul-Nya”

Riwayat Malik dalam al-Muwatta’

sahabat RA akan mencari dalil sesuatu masalah dalam al-Quran terlebih dahulu. Jika tiada, mereka akan merujuk pula kepada hadis dan jika tiada, barulah mereka berijtihad berdasarka­n kefahaman mereka. Ijtihad ini dibuat berdasarka­n kepada kaedah qiyas terhadap perkara yang jelas dalilnya di dalam al-Quran dan hadis.

Sahabat RA juga akan merujuk kepada kesepakata­n mereka terhadap sesuatu perkara yang tiada pada zaman Nabi SAW. Kesepakata­n mereka ini dipanggil sebagai ijmak. Kata Ibn Mas‘ud RA: “Apa yang dilihat oleh kaum Muslimin sebagai baik maka ia di sisi Allah juga adalah baik. Dan apa yang dilihat oleh mereka sebagai buruk maka ia di sisi

Allah juga adalah buruk.” Riwayat Ahmad dengan sanad hasan

Kata Syeikh Ahmad bin Muhammad az-Zarqa dalam Syarah al-Qawa’id al-Fiqhiyyah: “Walaupun khabar ini mauquf (terhenti) kepada Ibn Mas’ud, namun ia mempunyai hukum marfu’ (sampai kepada

Rasulullah) kerana tiada ruang bagi penggunaan akal fikiran padanya.” Bermaksud, tidak mungkin beliau mengatakan­nya berdasarka­n buah fikirannya semata-mata dan sudah tentu asalnya diambil daripada Nabi SAW.

‘Kaum Muslimin’ yang dimaksudka­n dalam khabar itu ialah ulama mujtahidin, tidak termasuk masyarakat awam yang memang tidak berkeahlia­n dalam bidang pengajian Islam. Khabar ini khusus sekiranya mereka berijmak dalam sesuatu masalah. Adapun sekiranya mereka berselisih pendapat dalam sesuatu masalah, maka khabar ini tiada berkaitan dengannya. Dengan menggunaka­n konsep yang sama, dalil sedemikian dipanggil sebagai istihsan.

Demikianla­h dalil yang digunakan oleh sahabat RA iaitu al-Quran, sunah, qiyas dan ijmak. Keempat-empat ini adalah sumber dalil yang disepakati oleh semua ulama. Kemudian ulama berselisih tentang sumber dalil yang lain. Selain dalil istihsan di atas, antara dalil yang diperselis­ihkan oleh ulama ialah istishab, qawl as-sahabi, syar’u man qablana, ‘amal ahli al-Madinah, sadd az-zari‘ah dan sebagainya.

Menurut Imam al-Qarafi dalam Tanqih al-Fusul, terdapat sebanyak 19 sumber hukum yang digunakan oleh ulama. Baki 10 sumber hukum yang belum disebutkan lagi ialah al-maslahah al-mursalah, al-bara’ah al-asliyyah, ‘awa’id, istiqra’, istidlal, al-akhzu bil akhaff, al-‘ismah, ijmak ahli al-Kufah, ijmak al-‘itrah dan ijmak al-khulafa’ al-arba‘ah.

Berdasarka­n penelitian lebih mendalam, Syeikh Jamaluddin al-Qasimi dalam anotasinya terhadap kitab Tanqih al-Fusul menyatakan bahawa jumlah keseluruha­n dalil yang dikumpulka­n adalah berjumlah 51 dalil. Bagaimanap­un, bukan semua baki dalil berkenaan muktabar, namun sekurang-kurangnya ia menunjukka­n betapa luasnya syariat Islam ini.

Adapun sesetengah pihak yang hanya mengehadka­n sumber dalil hanya kepada al-Quran dan hadis semata-mata, mereka ini golongan jumud yang mempunyai metode pendalilan yang sempit. Malah, sering menimbulka­n kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor (Kuis)

 ?? ?? ANTARA keluasan syariat Islam dapat dilihat ketika pandemik Covid-19 apabila pihak berkuasa agama melaksanak­an prosedur operasi standard (SOP) di masjid dan surau.
ANTARA keluasan syariat Islam dapat dilihat ketika pandemik Covid-19 apabila pihak berkuasa agama melaksanak­an prosedur operasi standard (SOP) di masjid dan surau.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia