Harian Metro

JKNPs keluar 7 notis ingkar merokok

-

Kangar: Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) mengeluark­an tujuh notis kepada individu dan pemilik premis yang gagal mematuhi larangan merokok di tempat awam menerusi Op Lebaran Bebas Asap Rokok di sekitar Persiaran Makanan Bintong malam kelmarin.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perlis (Bahagian Kesihatan Awam) Dr Ghazali Chik berkata notis 32b di bawah Peraturan 11(1) dan 22(2) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 itu melibatkan kompaun keseluruha­n RM1,750.

“Kita melakukan pemeriksaa­n terhadap 33 buah premis, lima notis dikeluarka­n kepada individu kerana merokok di tempat awam dan dua notis kepada pemilik premis yang gagal meletakkan tanda larangan merokok,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata selain pemeriksaa­n, pihaknya turut memberi nasihat kepada orang ramai tentang larangan merokok di tempat awam melalui risalah, nasihat dan edaran kad berkaitan jenis kesalahan serta nilaian kompaun.

“Pendidikan kesihatan ini diberi supaya mereka tidak menghisap rokok di kawasan larangan merokok khususnya di tempat tumpuan awam seperti kedai makan,” katanya.

Beliau berkata operasi akan terus dibuat bagi menjaga kesihatan masyarakat khususnya mereka yang pergi ke tempat tumpuan awam seperti kedai makan, kawasan Rehat dan Rawat (RnR) dan sebagainya.

“Kami melihat isu merokok dalam kalangan pengunjung premis makanan masih lagi tinggi dan untuk pemilik premis kita melihat dari segi meletakkan tanda larangan merokok di premis mereka dengan saiz dan tempat yang jelas serta mereka tidak boleh menyediaka­n tempat abu rokok yang boleh mengundang pengunjung ke premis mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia