Harian Metro

SRI LANKA MAKIN BERDARAH

Penunjuk perasaan bakar 38 rumah ahli politik selain memusnahka­n harta benda awam lain

-

Keadaan di Sri Lanka semakin buruk dan huru-hara apabila penunjuk perasaan membakar 38 rumah ahli politik selain kemusnahan harta benda awam lain.

Polis mengesahka­n kejadian itu dengan 75 rumah lagi musnah apabila rakyat negara itu terus melahirkan kemarahan mereka bagi menentang kerajaan yang disifatkan mereka gagal menangani krisis ekonomi terburuk negara itu sejak 1948.

Kementeria­n Pertahanan turut mengarahka­n, tentera menembak sesiapa yang didapati merosakkan harta benda negara atau menyerang pegawai kerajaan selepas keganasan menyebabka­n sekurang-kurangnya sembilan orang maut serta 200 cedera sejak Isnin lalu.

Sementara itu, rakaman video dimuat naik Twitter Radio Genova menunjukka­n ahli politik kerajaan dibaling dengan objek dan dipukul orang ramai ketika memasuki sebuah kenderaan dengan pasukan tentera terpaksa menyuraika­n keadaan.

Awal pagi Selasa lalu, tentera juga terpaksa menyelamat­kan Perdana Menteri, Mahinda Rajapaksa beberapa jam selepas beliau meletak jawatan berikutan pertempura­n antara penunjuk perasaan pro dan antikeraja­an.

Sumber memberitah­u CNN, tentera dipanggil selepas penunjuk perasaan cuba melanggar perkaranga­n kediaman peribadi Perdana Menteri di Temple Trees.

Peletakan jawatan Rajapaksa dibuat selepas rakaman televisyen secara langsung pada Isnin menunjukka­n penyokong kerajaan bersenjata­kan kayu, memukul penunjuk perasaan di beberapa lokasi di seluruh ibu negara dan merobohkan serta membakar khemah mereka.

Puluhan rumah dibakar di seluruh negara di tengah-tengah keganasan.

Tinjauan CNN di lapangan mendapati tentera bersenjata dikerahkan untuk menyuraika­n penunjuk perasaan manakala rakaman video menunjukka­n polis menembak gas pemedih mata dan meriam air.

Presiden menggesa rakyat bertenang, menghentik­an keganasan dan tindakan berbalas serangan dengan rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Dalam satu kenyataan Kesatuan Eropah dan 27 negara anggotanya mengutuk serangan kejam baru-baru ini terhadap penunjuk perasaan aman dan menggesa pihak berkuasa menyiasat.

Negara yang mempunyai populasi 22 juta itu sedang bergelut krisis ekonomi yang dahsyat dengan harga barangan harian melambung tinggi dan terdapat kekurangan bekalan elektrik yang meluas selama beberapa minggu.

Sejak Mac lalu, ribuan penunjuk perasaan anti kerajaan turun ke jalanan bagi menuntut kerajaan meletakkan jawatan.

 ?? ?? SEORANG lelaki mengambil gambar bas yang dibakar dan dibiarkan di laluan awam dalam pertempura­n di antara penyokong kerajaan dan penunjuk perasaan di Colombo, Sri Lanka.
SEORANG lelaki mengambil gambar bas yang dibakar dan dibiarkan di laluan awam dalam pertempura­n di antara penyokong kerajaan dan penunjuk perasaan di Colombo, Sri Lanka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia