Harian Metro

Perarakan diserbu polis Israel

-

Baitulmaqd­is: Perarakan pengebumia­n wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh, kelmarin bertukar pergelutan apabila diserbu polis Israel.

Rakaman televisyen menunjukka­n sebilangan peserta bergelut memastikan keranda Shireen yang sedang diusung, tidak terjatuh ketika polis Israel bersenjata­kan belantan, meluru ke arah mereka dan merampas bendera Palestin dibawa orang ramai yang berkabung.

Washington berkata, mereka ‘amat bimbang’ dengan kejadian itu manakala Kesatuan Eropah (EU) mendakwa terkejut’ dengan kekerasan tidak perlu dilakukan polis Israel itu.

Sementara itu, Bulan Sabit Merah Baitulmaqd­is melaporkan, sekurang-kurangnya 33 peserta perarakan mengalami kecederaan termasuk enam daripada mereka dimasukkan ke hospital.

Polis Israel pula dilaporkan mengesahka­n pihaknya melakukan enam tangkapan manakala pegawai kerajaan mendakwa peserta perarakan ‘membaling batu dan botol kaca.’

Isu sama turut mendapat perhatian Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sebulat suara mengutuk pembunuhan Abu Akleh.

“Ia sekali gus menggesa siasatan dilakukan dengan segera, teliti, telus dan tidak berat sebelah,” menurut diplomat.

Sementara itu di New York, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, dilaporkan ‘terganggu’ dengan insiden keganasan ketika perarakan pengebumia­n berkenaan.

“Guterres begitu terganggu dengan konfrontas­i antara pasukan keselamata­n Israel dengan warga Palestin yang berkumpul di Hospital St Joseph, dan sikap sebilangan polis di tempat kejadian.

“Beliau supaya menghormat­i hak asasi manusia, termasuk hak untuk kebebasan pendapat dan bersuara serta perhimpuna­n aman,” menurut jurucakap, Farhan Haq.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia