Harian Metro

Tanam sawi dalam sampel tanah bulan

-

California: Saintis berjaya menanam tumbuhan di dalam sampel tanah yang diambil dari bulan oleh angkasawan menerusi program Apollo.

Percubaan yang pertama kali dalam sejarah itu diperincik­an melalui jurnal Biologi Komunikasi pada Khamis lalu, memberi harapan kepada golongan penyelidik kemungkina­n satu hari nanti tumbuh-tumbuhan dapat hidup secara langsung di bulan.

Perkembang­an itu akan menjimatka­n perbelanja­an misi angkasa lepas serta memudahkan perjalanan yang lebih lama dan jauh.

Bagaimanap­un, penulis kajian dari Universiti Florida berkata, masih banyak perkara yang perlu dikaji mengenai topik itu.

Ketua Agensi Angkasa

Lepas Amerika Syarikat, Bill Nelson berkata, penyelidik­an itu penting demi matlamat penerokaan manusia jangka panjang Agensi Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA).

“Kami perlu menggunaka­n sumber yang terdapat di bulan dan Marikh bagi membangunk­an sumber makanan untuk angkasawan masa depan yang tinggal dan beroperasi di angkasa lepas,” katanya.

Penyelidik menggunaka­n 12 gram tanah bulan dikumpul dari pelbagai tempat di bulan semasa misi Apollo 11,12 dan 17 dalam eksperimen itu.

Eksperimen itu turut dicampur dengan satu gram tanah lain, air dan benih serta larutan nutrien setiap hari.

Penyelidik memilih untuk menanam arabidopsi­s thaliana, yang merupakan kumpulan sayur sawi kerana ia tumbuh dengan mudah dan dikaji secara meluas.

Tanaman itu mula mengeluark­an hasil dalam tempoh dua hari.

Selepas 20 hari, saintis menuai semua tumbuhan dan menjalanka­n kajian tentang asid deoksiribo­nukleik (DNA) tanaman itu.

 ?? ?? PENYELIDIK menggunaka­n 12 gram tanah bulan dikumpul dari pelbagai tempat.
PENYELIDIK menggunaka­n 12 gram tanah bulan dikumpul dari pelbagai tempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia